KONSEP LIMA MIM: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP GURU INOVATIF PENDIDIKAN ISLAM

Authors

  • Wan Ali Akbar Wan Abdullah Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Nursafra Mohd Zhaffar Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau
  • Khadijah Abdul Razak Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Mohd Isa Hamzah Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstract

Konsep lima mim adalah konsep guru Pendidikan Islam yang memperincikan peranan guru Pendidikan Islam daripada lima konstruk, iaitu; mudarris, muaddib, murabbi, mursyid dan muallim. Penerimaan konsep ini menyebabkannya ia digunakan dalam pelbagai kajian sebagai kerangka. Konsep ini turut diubahsuai dan dikembangkan dalam model-model guru yang lain. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan konsep lima mim untuk menilai persepsi pelajar terhadap guru inovatif Pendidikan Islam. Seramai 284 pelajar terlibat sebagai responden. Dapatan dianalisis secara deskriptif. Dapatan menunjukkan konstruk muaddib mempunyai nilai min yang lebih tinggi berbanding mim yang lain dan merupakan satu-satunya konstruk yang berada pada tahap sangat tinggi. Manakala konstruk mudarris pula mempunyai nilai min yang paling rendah, namun masih berada pada tahap tinggi. Kajian ini dapat memberikan panduan kepada para guru khususnya Guru Pendidikan Islam yang minat berinovasi untuk menyeimbangkan kualiti dan peranan sebagai mudarris, muaddib, murabbi, mursyid dan muallim agar berjaya menterjemahkannya ke dalam amalan pengajaran.

Downloads

Published

2021-09-30