PENGGUNAAN TEKNIK BIOFEEDBACK BERBANTUKAN LATIHAN ZIKIR DALAM MENINGKATKAN SKOR KOHEREN DAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR PROGRAM GALUS
DOI:
https://doi.org/10.15282/ijhtc.v6i(S3).6260Abstract
Pelajar GALUS adalah kumpulan pelajar yang lemah dalam pelajaran, di mana mereka berada dalam kumpulan murid yang sering gagal dalam ujian.Pelbagai teknik telah digunakan untuk meningkatkan prestasi mereka dalam akademik.Penyelidikan lalu membuktikan bahawa latihan zikir boleh membantu individu meningkatkan daya konsentrasi.Teknik latihan Biofeedback juga membantu individu untuk meningkatkan prestasi kognitif dan konsentrasi. Kajian ini bertujuan untuk mendalami bagaimana teknik latihan zikir dan biofeedback boleh digunakan untuk membantu pelajar yang lemah meningkatkan prestasiskor koheren dan juga prestasi akademik Kajian ini menggunakan modul latihan zikir ‘laillahaillah’ dan pernafasan resonan untuk membantu pelajar meningkatkan skor koheren Heart Rate Variability “HRV”. Penggunaan latihan zikir sebelum ini telah terbukti berupaya membantu individu untuk meningkatkan skor koheren.Sampel kajian ini terdiri daripada pelajar-pelajar program GALUS seramai 40 orang dari sekolah-sekolah rendah. Mereka dipilih secara rawak dan dibahagikan sebagai Kumpulan Latihan (n = 20) dan Kumpulan Kawalan (n = 20). Pelajar menjalani tiga sesi latihan zikir dan biofeedback sepanjang 3 minit setiap sesi.Data perubahan diri yang dikumpul melibatkan analisis skor spektrum kuasa VLF, LF, dan HF. Analisis statistik korelasi digunakan untuk mengkaji hubungan antara antara HRV dengan peningkatan akademik pelajar.Dapatan menunjukkan terdapat hubungan yang sangat kuat antara skor HRV pelajar dengan prestasi akademik.Kajian ini menyimpulkan bahawa teknik latihan zikir dan biofeedback boleh dijadikan pendekatan berkesan untuk membantu pelajar lemah dalam meningkatkan skor koheren seterusnya membantu mereka meningkatkan pencapaian akademik.
Downloads
Published
Versions
- 2021-03-08 (3)
- 2021-03-08 (2)
- 2021-03-08 (1)