This is an outdated version published on 2021-03-08. Read the most recent version.

TAHAP KEBERKESANAN BIMBINGAN YANG DIBERIKAN OLEH SCHOOL IMPROVEMENT PARTNERS+ DALAM MENINGKATKAN MUTU KEPIMPINAN SEKOLAH DI NEGERI PAHANG, TERENGGANU DAN KELANTAN

Authors

  • Mohd Azuri Shaari Pusat Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia PAHANG, 26300 Kuantan, Pahang

DOI:

https://doi.org/10.15282/ijhtc.v6i(S1).6229

Abstract

Mulai dari tahun 2013 setiap Kepimpinan Sekolah di Malaysia akan mempunyai rakan pembimbing penambahbaikan sekolah iaitu School Improvement Partners (SIPartners+ ) yang digambarkan sebagai rakan kritikal dan peranannya adalah untuk menyokong dan mencabar Kepimpinan Sekolah. Ini adalah berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dan terkandung dalam Anjakan ke-enam yang digariskan dalam PPPM yang mesti dicapai dalam tempoh Gelombang Satu 2013-2015. Kajian ini merupakan satu kajian berasaskan kaedah kuantitatif dan dapatan data dianalisis menggunakan perisian SPSS IBM Version 20.0 yang melibatkan kajian di tiga buah negeri di Pantai Timur, Malaysia yang dinilai berdasarkan keperluan dasar negara dari perspektif penerima langsung iaitu Kepimpinan Sekolah. Terdapat pelbagai persepsi berbeza-beza pihak Kepimpinan Sekolah terhadap SIPartners+ daripada aspek bimbingan, kemahiran dan pengalaman mereka dan sokongan serta cabaran yang diberikan oleh SIPartners+ . Ianya banyak seolah-olah bergantung kepada kepakaran dan kelakuan individu SIPartners+ itu sendiri dan pendapat mereka adalah tidak konsisten di antara satu sama lain. Agenda ditetapkan oleh SIPartners+ dilihat sebagai terlalu memberi tumpuan kepada data daripada perbincangan tentang pengajaran dan pembelajaran serta keperluan untuk SIPartners+ itu sendiri. Dengan adanya maklumat tentang keberkesanan bimbingan SIPartners+ terhadap Kepimpinan Sekolah serta pencapaian akademik murid-murid, diharap pihak KPM, JPN mahupun PPD dapat merancang dan melaksanakan model bimbingan baru atau penambahbaikan agar kepimpinan sekolah dapat meningkatkan kualiti profesional kepimpinan sekolah dan pencapaian akademik murid-murid di sekolah.

Downloads

Published

2021-03-08

Versions

How to Cite

Shaari, M. A. (2021). TAHAP KEBERKESANAN BIMBINGAN YANG DIBERIKAN OLEH SCHOOL IMPROVEMENT PARTNERS+ DALAM MENINGKATKAN MUTU KEPIMPINAN SEKOLAH DI NEGERI PAHANG, TERENGGANU DAN KELANTAN. International Journal of Humanities Technology and Civilization, 6((S1), 45–52. https://doi.org/10.15282/ijhtc.v6i(S1).6229

Issue

Section

Articles