Pemanfaatan Analisis Korpus sebagai Teknik Alternatif Pengajaran dan Pembelajaran Tatabahasa

Authors

  • Hishamudin Isam Universiti Utara Malaysia
  • Mashetoh Abd Mutalib Universiti Utara Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.15282/ijleal.v9.594

Keywords:

Analisis korpus, Kata sendi nama daripada, Pengajaran dan pembelajaran tatabahasa, Teknik alternatif

Abstract

Penggunaan teknik yang tepat, menarik dan terkini (bersifat kontemporari) sangat dituntut dalam proses pengajaran dan pembelajaran tatabahasa. Hal ini kerana melalui teknik yang tepat inilah, para pelajar dapat memanfaatkan tempoh masa yang terhad untuk memahami aspek penting dalam tatabahasa. Sesuai dengan perkembangan dan perubahan terkini silabus mata pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 6 yang bukan sahaja mementingkan aspek bahasa dan tatabahasa, malah adanya komponen baharu iaitu analisis bahasa, maka kajian ini mencadangkan agar teknik pengajaran dan pembelajaran tatabahasa berasaskan analisis korpus digunakan untuk mengajar topik tatabahasa Bahasa Melayu Tingkatan Enam. Pemanfaatan analisis korpus dimulakan dengan mencadangkan pangkalan data korpus DBP dan program daftar kata AntConc yang boleh digunakan untuk menganalisis kata. Seterusnya, fokus diteruskan kepada prosedur analisis berdasarkan kaedah demonstrasi yang melibatkan empat (4) langkah utama, sebelum dipanjangkan kepada satu contoh dapatan analisis kata (kata sendi nama daripada) yang melibatkan kaedah demonstrasi kepada pelajar. Berdasarkan senario semasa kaedah demonstrasi dijalankan, dapat dikatakan bahawa penggunaan teknik ini berupaya memupuk minat dan pelibatan pelajar aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Dapatan ini menjadi penunjuk bahawa sekiranya teknik yang dirancang bersesuaian dengan pendekatan, kaedah, strategi pengajaran dan pembelajaran yang sistematik, maka penggunaan teknik pengajaran dan pembelajaran berasaskan analisis data korpus mampu memberi impak positif, bukan sahaja kepada perkembangan pendidikan pelajar, tetapi dapat menyumbang kepada perkembangan pengkajian bidang bahasa dan linguistik Melayu di Malaysia.

Downloads

Published

2019-05-31

How to Cite

Isam, H., & Abd Mutalib, M. (2019). Pemanfaatan Analisis Korpus sebagai Teknik Alternatif Pengajaran dan Pembelajaran Tatabahasa. International Journal of Language Education and Applied Linguistics, 9(1), 13–31. https://doi.org/10.15282/ijleal.v9.594

Issue

Section

Articles

Similar Articles

<< < 1 2 3 4 5 

You may also start an advanced similarity search for this article.