Paralinguistik dalam Pemerolehan Bahasa Kanak-kanak

Authors

  • Nur Nadirah Zukeflli
  • Vijayaletchumy Subramaniam

DOI:

https://doi.org/10.15282/ijleal.v8.526

Keywords:

Bahasa badan, Kanak-kanak, Paralinguistik, Pemerolehan bahasa

Abstract

Paralinguistik merupakan suatu kajian tentang penggunaan suara atau vokalisasi, iaitu memperbesar dan mengecilkan suara, dan ia menjadi batasan antara interaksi verbal dengan bukan verbal atau bahasa badan. Paralinguistik adalah fokus utama kajian ini untuk membuktikan tentang penggunannya secara tidak langsung dalam proses pemerolehan bahasa kanak-kanak. Penyelidikan ini berlandaskan Teori Jean Piaget dan teori paralinguistik yang diperkenalkan oleh Bloch dan Trager, dan penganalisisan data kajian dilakukan dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Objektif utama kajian adalah untuk mengenal pasti dan menghuraikan ciri paralinguistik dalam proses pemerolehan bahasa kanak-kanak. Elemen paralinguistik yang menjadi fokus perbincangan dalam kajian ini ialah seperti kualiti suara, vokal, anggota badan dan juga ekspresi wajah yang sangat kerap digunakan dalam membantu sesuatu proses pemerolehan bahasa kanak-kanak itu berlaku. Dapatan kajian mendapati hampir kesemua kanak-kanak yang melalu fasa pemerolehan bahasa akan menggunakan bantuan bahasa badan untuk berkomunikasi. Hal ini menunjukkan bahawa kehadiran aspek paralingustik adalah sangat perlu dalam melancarkan lagi proses pemerolehan bahasa terutamanya bagi golongan kanak-kanak.

Author Biographies

Nur Nadirah Zukeflli

Jabatan Bahasa Melayu,
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM, Serdang,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Vijayaletchumy Subramaniam

Jabatan Bahasa Melayu,
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM, Serdang,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Downloads

Published

2018-10-17

How to Cite

Zukeflli, N. N., & Subramaniam, V. (2018). Paralinguistik dalam Pemerolehan Bahasa Kanak-kanak. International Journal of Language Education and Applied Linguistics, 8(1). https://doi.org/10.15282/ijleal.v8.526

Issue

Section

Articles

Similar Articles

<< < 1 2 3 4 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.