Analisis Keperluan Bahasa Arab untuk Tugasan Rasmi Anggota Tentera Malaysia di Negara Arab

Authors

  • Najjah Salwa Abd Razak
  • Ahmad Munawar Ismail
  • Kaseh Abu Bakar

DOI:

https://doi.org/10.15282/ijleal.v3.478

Keywords:

Analisis keperluan, Bahasa Arab, Kegunaan anggota tentera

Abstract

Bahasa sasaran berperanan penting untuk membantu pelaksanaan tugas anggota tentera di luar negara termasuk negara Arab. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) antara kumpulan yang dilibatkan dalam tugasan rasmi seperti operasi haji di Arab Saudi di bawah kelolaan Tabung Haji (TH) yang melibatkan penggunaan bahasa Arab. Sekalipun begitu, sukatan pelajaran bahasa Arab khusus untuk tujuan tugas rasmi seperti ini masih belum diwujudkan dalam sistem pendidikan bahasa ATM. Oleh itu keperluan mewujudkan kursus bahasa Arab yang bersesuaian untuk tujuan tersebut adalah penting. Objektif kajian ini adalah untuk meneroka perspektif anggota KAGAT berkenaan penggunaan Bahasa Arab dalam operasi haji, dan menganalisis keperluan bahasa sebagai langkah pertama untuk mewujudkan sukatan pelajaran Bahasa Arab yang bersesuaian. Kajian ini ialah kajian pelbagai kes yang menggunakan temu bual serta triangulasi untuk kesahan data. Data diproses dengan menggunakan perisian NVivo9 dan dianalisis mengikut tema. Kajian ini mendapati bahawa anggota KAGAT mengakui kepentingan Bahasa Arab untuk tujuan operasi haji. Kajian ini turut menyenaraikan keperluan bahasa dari perspektif anggota KAGAT bagi tujuan operasi haji yang dapat menjadi panduan awal untuk membina sukatan pelajaran yang bersesuaian. Garis panduan tersebut perlu diambil kira oleh pihak perancang dan tenaga pengajar khususnya untuk membentuk kursus bahasa untuk tujuan khusus.

Author Biographies

Najjah Salwa Abd Razak

Jabatan Bahasa dan Budaya,
Pusat Bahasa, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia,
57000 Kuala Lumpur, Malaysia

Ahmad Munawar Ismail

Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Kaseh Abu Bakar

Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Downloads

Published

2015-12-01

How to Cite

Abd Razak, N. S., Ismail, A. M., & Abu Bakar, K. (2015). Analisis Keperluan Bahasa Arab untuk Tugasan Rasmi Anggota Tentera Malaysia di Negara Arab. International Journal of Language Education and Applied Linguistics, 3. https://doi.org/10.15282/ijleal.v3.478

Issue

Section

Articles

Similar Articles

<< < 1 2 3 4 5 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.