Makna Ujaran Tidak Langsung Berbentuk Ayat Tanya dalam Skrip Drama Bahasa Melayu dari Sudut Prinsip Makna dalam Interaksi

Meaning of Indirect Utterances of Interrogative Sentences in Malay Drama Scripts from the Principle of Meaning in Interaction Perspective

Authors

  • Muhammad Zuhair Zainal Universiti Sains Malaysia
  • Ahmad Fuad Mat Hassan Universiti Utara Malaysia
  • Al-Amin Mydin Universiti Sains Malaysia
  • Md. Baharuddin Abdul Rahman Universiti Sains Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.15282/ijleal.v10.3609

Keywords:

Ayat tanya, Makna ujaran, Pragmatik, Prinsip Makna dalam Interaksi, Skrip drama bahasa Melayu

Abstract

Ujaran tidak langsung (UTL) yang berbentuk ayat tanya yang terdapat dalam skrip drama bahasa Melayu sering kali digunakan untuk menyampaikan makna yang tertentu yang sukar untuk difahami makna sebenarnya secara jelas dan tepat. Pentaksiran terhadap makna UTL yang berbentuk ayat tanya perlu dilakukan dengan penuh teliti supaya makna sebenar bagi ujaran tersebut dapat difahami dengan jelas dan tepat oleh pendengar atau pembaca skrip drama. Oleh itu, pentafsiran makna UTL yang berbentuk ayat tanya perlulah dilakukan dengan berpandukan pendekatan pragmatik. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan bagi menghuraikan makna UTL yang berbentuk ayat tanya dalam skrip drama terpilih berpandukan Prinsip Makna dalam Interaksi. Prinsip Makna dalam Interaksi digunakan dalam kajian ini kerana prinsip ini bersifat menyeluruh, yakni dengan cara berorientasikan penutur dan pendengar, serta memfokuskan faktor sosial dan faktor kognitif tanpa menyisihkan satu daripadanya. Data kajian merupakan tiga UTL yang berbentuk ayat tanya yang diambil daripada tiga buah skrip drama bahasa Melayu hasil tulisan Mustapha Kamil Yassin, iaitu Atap Genting Atap Rumbia, Dua Tiga Kucing Berlari, dan Di Balik Takbir Harapan. Tiga UTL tersebut ialah “Apa nak berkerusi meja benar.”, “Siapa pula yang berkatakan saya nak bermenantukan jantan Cina?” dan “Apakah encik hendak membiarkan keadaan kami begitu?”. Hasil kajian mendapati bahawa tiga ujaran tersebut diucapkan secara tidak langsung, mengandungi potensi makna yang relevan dengan dibantu oleh konteks yang melatari perbualan antara penutur dan pendengar. Potensi makna yang relevan itu ialah menyatakan penolakan terhadap pelawaan pendengar, mempamerkan ciri penggunaan metafora, sindiran, keterujaan, tegahan, penggunaan amalan kesantunan dan kesopanan, pujukan dan sebagainya.

 

Indirect utterances (IU) in interrogative sentences in the Malay drama scripts are often used to convey specific messages which are unclear and inaccurate. A thorough assessment of the meaning of these IU is essential to ensure the intended meaning of the utterances is clearly and accurately understood by the listeners or readers of the drama scripts. Therefore, the interpretation of IU meaning should be grounded in the pragmatic approach. Hence, this study was conducted to elaborate the meaning of IU in interrogative sentences in selected drama scripts based on the Principle of Meaning in Interaction. This principle was used in this study due to its comprehensive nature, namely the speaker and audience oriented as well as its focus of both social and cognitive factors without excluding any of them. The data were the IU in the form of interrogative utterances from three Mustapha Kamil Yassin’s Malay drama scripts namely Atap Genting Atap Rumbia, Dua Tiga Kucing Berlari, and Di Balik Takbir Harapan. The three IU were “Apa nak berkerusi meja benar.”, “Siapa pula yang berkatakan saya nak bermenantukan jantan Cina?” and “Apakah encik hendak membiarkan keadaan kami begitu?”. Results revealed that the three utterances were spoken indirectly, containing potentially relevant meanings, assisted by contexts that mediated conversations between speakers and listeners. That relevant potential meaning was to express objections to the invitation of the listener, displaying the characteristics of metaphor, sarcasm, excitement, force, practice of politeness and decency, and persuasion.

Published

2020-11-04

How to Cite

Zainal, M. Z., Mat Hassan, A. F., Mydin, A.-A., & Abdul Rahman, M. B. (2020). Makna Ujaran Tidak Langsung Berbentuk Ayat Tanya dalam Skrip Drama Bahasa Melayu dari Sudut Prinsip Makna dalam Interaksi: Meaning of Indirect Utterances of Interrogative Sentences in Malay Drama Scripts from the Principle of Meaning in Interaction Perspective. International Journal of Language Education and Applied Linguistics, 10(2), 25–39. https://doi.org/10.15282/ijleal.v10.3609

Similar Articles

<< < 1 2 3 4 5 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.