Pengaruh Serta Peranan Ibu Bapa Dalam Pembentukan Personaliti Dan Keperibadian Syed Qutb: Analisis Autobiografi “Kisah Seorang Anak Kampung ”

Authors

  • Mardhiyyah Zamani
  • Nurazan Mohmad Rouyan

Keywords:

Peranan ibu bapa, pembentukan peribadi, personaliti, kejayaan, Syed Qutb

Abstract

Peranan ibu bapa dalam pembentukan personaliti serta keperibadian anak-anak tidak dapat dinafikan lagi terutamanya di fasa awal kehidupan mereka. Menurut pepatah Melayu, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”, kecemerlangan seorang anak, samada dari sudut kejayaan akademik mahupun memiliki budi pekerti tinggi kebiasaannya terletak di tangan kedua ibu bapa yang memainkan peranan penting mencoraknya. Seringkali terjadi, apabila timbul sebarang masalah atau kepincangan akhlak dalam kalangan remaja, pasti ibu bapalah yang pertama dituding serta dipertanggungjawabkan. Justeru, kajian ini bertujuan menyingkap pengaruh dan peranan ibu bapa terhadap anak-anak di fasa awal perkembangan mereka, iaitu di usia kanak-kanak berdasarkan pengalaman Syed Qutb melalui analisis terhadap autobiografinya “Kisah Seorang Anak Kampung”. Penyelidikan ini merupakan kajian kualitatif dengan reka bentuk analisis kandungan. Dapatan kajian membuktikan bahawa ibu bapa sangat berpengaruh dalam membina personaliti, keperibadian serta ketokohan seseorang anak, dan ia berlaku dalam dua bentuk: memberi gambaran atau persepsi yang positif kepada anak dan memainkan peranan penting sebagai ibu bapa. Kajian ini memfokuskan beberapa peranan penting yang telah dimainkan oleh kedua ibu bapa Syed Qutb dalam melahirkan tokoh yang terkenal ini.Tidak dapat dinafikan lagi, persepsi positif serta peranan penting sebagai ibu bapa merupakan faktor utama dalam menjamin kejayaan anak-anak.

Author Biographies

  • Mardhiyyah Zamani

    Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan,
    Universiti Malaysia Pahang,
    Lebuhraya Tun Razak,
    26300 Kuantan, Pahang

  • Nurazan Mohmad Rouyan

    Fakulti Bahasa dan Komunikasi,
    Universiti Sultan Zainal Abidin,
    Gong Badak,
    21300 Kuala Terengganu,
    Terengganu

Downloads

Published

2001-12-20

Issue

Section

Articles

How to Cite

Zamani, M., & Mohmad Rouyan, N. (2001). Pengaruh Serta Peranan Ibu Bapa Dalam Pembentukan Personaliti Dan Keperibadian Syed Qutb: Analisis Autobiografi “Kisah Seorang Anak Kampung ”. International Journal of Humanities Technology and Civilization, 1(1), 106-115. https://journal.ump.edu.my/ijhtc/article/view/819

Similar Articles

1-10 of 31

You may also start an advanced similarity search for this article.