INTERFERENSI BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS DALAM PEMBINAAN AYAT BAHASA JERMAN
DOI:
https://doi.org/10.15282/ijhtc.v6i1.6661Abstract
Kertas ini membincangkan mengenai fenomena pengaruh antara bahasa yang dikesan dalam struktur bahasa lain. Secara lebih khusus, kajian ini berkenaan analisis pembinaan ayat bahasa Jerman (BJ) dalam kalangan pelajar-pelajar berbangsa Melayu yang mengikuti kursus BJ Komunikasi II (BGK3022) di Pusat Bahasa dan Pengajian Umum, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Objektif bagi kajian ini adalah untuk mengenal pasti gangguan yang berlaku semasa membina ayat yang mengandungi kata kerja dalam BJ. Selian itu, kajian ini juga turut mengenal pasti kategori gangguan yang wujud dalam susunan ayat-ayat BJ tersebut dan seterusnya menentukan struktur sintaksis yang dihasilkan itu sama ada dipengaruhi oleh bahasa pertama (B1) atau bahasa kedua (B2). Peserta kajian terdiri daripada 20 orang pelajar BGK 3022 dari pelbagai fakulti di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Terdapat dua bahagian kertas latihan bertulis yang dianalisis secara kualitatif dan dapatan kajian dipersembahkan dalam bentuk jadual. Analisis merujuk kepada jenis interferensi dalam B1 dan B2 yang diperkenalkan oleh Beardsmore (1982). Dapatan menunjukkan adanya pengaruh bahasa Melayu (B1) dan bahasa Inggeris (B2) dalam pembentukan ayat-ayat BJ. Namun demikian, B2 didapati lebih cenderung mempengaruhi penulisan ayat BJ disebabkan kedua-dua bahasa tergolong dalam kumpulan bahasa Germanik.
Downloads
Published
Versions
- 2023-05-16 (2)
- 2021-07-19 (1)