PENGARUH PERSEKITARAN TERHADAP PEMBENTUKAN AKHLAK PEMBINA TAMADUN: SOROTAN AYAT-AYAT BERKAITAN SEJARAH MANUSIA DALAM AL-QURAN

  • Mansor Sulaiman Pusat Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia PAHANG, 26300 Kuantan, Pahang

Abstract

Al-Quran banyak memaparkan ayat-ayat berkenaan sejarah umat terdahulu sebagai pengajaran kepada umat manusia sepanjang zaman. Pengajaran yang dikemukakan Allah menerusi kisah-kisah ini bukan sekadar untuk menjalani kehidupan di dunia ini sahaja tetapi menjangkaui sebagai panduan untuk menghadapi alam akhirat. Oleh kerana itu, tulisan ini dibuat bagi mengemukakan pengaruh persekitaran yang dilalui oleh umat-umat terdahulu yang disebutkan al-Quran dengan pembentukan akhlak manusia pembina tamadun menurut perspektif al-Quran. Untuk mencapai objektif tersebut, kajian perpustakaan digunakan dengan merujuk kepada al-Quran dan tulisan-tulisan yang membantu pengkaji untuk memahami isi kandungan ayat-ayat al-Quran yang berkenaan seperti kitab-kitab tafsir karangan ulama silam dan juga ulama kontemporari. Selain itu, tulisan-tulisan yang berkaitan seperti tulisan berkenaan pendidikan, sejarah umum dan bahasa juga dirujuk bagi mencapai objektif tersebut. Tulisan ini menemui bahawa persekitaran sangat memberi kesan kepada pembangunan akhlak manusia dan ia berkait-rapat dengan bagaimana cara manusia berinteraksi dengan persekitaran tersebut. Seperkara lagi, persekitaran yang dilalui manusia bukanlah suatu yang berlaku secara spontan tetapi ia adalah perencanaan Allah yang mempunyai tujuan dan hikmah yang besar iaitu untuk membawa manusia untuk beribadah kepada Tuhannya.

Published
2021-03-08