SUNNAH ALLAH BERKENAAN BANGUN DAN JATUH TAMADUN MENURUT AL-QURAN DAN TEORI-TEORI TAMADUN: SUATU PENELITIAN PERBANDINGAN
Rise and Fall of Civilization in Reference to al-Quran and Civilizational Theories: A Comparative Review
DOI:
https://doi.org/10.15282/ijhtc.v5i1.4822Keywords:
Sunnatullah, Civilization, Civilization advancement theories, Al-QuranAbstract
Sunnatullah (The Command of Allah) in the rise and fall of human civilization has actually been destined by God and the matter was heavily mentioned in the al-Quran. This paper aims at clarifying the truth of the Sunnatullah as revealed in the al-Quran by comparing with studies carried out by renowned historical and civilizational scholars. To examine, these civilization advancement theories that have been empirically studies by the scholars such as Ibn Khaldun, Arnold Toynbee and Malik Bennabi are comparatively analysed with those mentioned in the al-Quran. Through this comparative analysis, it is concluded undoubtedly that the Sunnatullah of the rise and fall of civilization as revealed in the al-Quran is a great truth. This conclusion is made based on the consistency of the Quranic facts with the findings given by the scholars through historical proofs and human reality in life.
Sunnah Allah berkenaan bangun dan jatuh tamadun merupakan peraturan yang ditentukan Allah di sebalik perjalanan sesebuah tamadun manusia. Ia merupakan salah satu daripada perkara yang banyak disentuh di dalam al-Quran. Tulisan ini bertujuan menjelaskan kesahihan Sunnah Allah yang dikemukakan al-Quran ini menerusi perbandingan dengan kajian-kajian yang telah dilakukan oleh beberapa sarjana dalam bidang sejarah dan tamadun manusia. Untuk itu, teori-teori perkembangan tamadun yang dihasilkan menerusi kajian berbentuk empirikal yang dilakukan oleh tokoh-tokoh seperti Ibnu Khaldun, Arnold Toynbee dan Malek Bennabi dikaji dan seterusnya dilakukan analisis perbandingan antara penjelasan al-Quran dan teori-teori ini. Menerusi analisis perbandingan ini didapati bahawa Sunnah berkenaan bangun dan jatuh tamadun yang dikemukakan Allah menerusi al-Quran merupakan suatu kebenaran yang tidak dapat dinafikan kesahihannya. Kesimpulan ini dikemukakan berdasarkan kepada keselarian antara penjelasan al-Quran berkenaan sunnah Allah ini dengan penemuan kajian yang dikemukakan para sarjana yang berkenaan menerusi bukti-bukti sejarah dan realiti yang berlaku dalam hidup manusia.
Downloads
Published
Versions
- 2020-07-01 (3)
- 2020-07-01 (2)
- 2020-07-01 (1)
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2020 Universiti Malaysia Pahang Publishing
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.