PENGARUH FAKTOR PERSEPSI NEGATIF DAN BUDAYA TULAR TERHADAP BULI SIBER DI MEDIA SOSIAL DALAM KALANGAN PELAJAR DAN GOLONGAN MUDA

Authors

  • Mohd Mokhtarishah Bin Mohamed Mokhtar Pusat Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia PAHANG, 26300 Kuantan, Pahang
  • Hasmadi Bin Hassan Pusat Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia PAHANG, 26300 Kuantan, Pahang

Abstract

Penulisan ini bertujuan untuk mengupas tentang persepsi negatif dan budaya tular yang sering dijadikan alat atau senjata untuk kepentingan diri dan pengaruh. Persepsi sudah menjadi satu perkara yang penting dan budaya oleh sesetengah individu di seluruh dunia. Malahan ada yang beranggapan persepsi adalah salah satu seni penulisan. Tular pula memainkan peranan menyebar luaskan persepsi sehingga mampu menawan hati dan mempengaruhi pemikiran. Kajian ini dicadangkan setelah melihat kerancakan penggunaan media sosial sebagai medium untuk membuli antara satu sama lain yang dikhuatiri boleh mengundang buruk sangka, sikap saling membenci dan permusuhan. Masyarakat bimbang dengan kandungan mesej dan komen yang mengelirukan, cacian dan menjatuhkan aib seseorang. Oleh itu, kajian ini berpeluang melihat sejauh mana perkembangan persepsi dan tular mengundang implikasi kepada buli siber di media sosial. Sampel kajian seramai 400 responden yang terdiri daripada golongan muda. Satu set soal selidik yang mengandungi 46 item dibina oleh penyelidik berdasarkan sumber-sumber kajian dan telah diedarkan kepada responden. Manakala data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan perisian “Statistical Packages For Social Sciences” (SPSS) versi 23.0. Penganalisaan data dibuat dengan menggunakan statistik deskriptif iaitu peratusan, min dan sisihan lazim bagi menjawab persoalan kajian. Sementara statistik inferensi iaitu Anova sehala, ujian-t dan kolerasi digunakan untuk menguji hipotesis-hipotesis kajian. Hasil dapatan kajian ini diharapkan dapat menyumbang kepada mengenalpasti penggunaan media sosial sebagai persepsi negatif dan budaya tular serta mempertingkatkan lagi kesedaran orang ramai supaya tidak menjadikan media sosial sebagai alat untuk buli siber dalam kehidupan seharian.

Downloads

Published

2021-07-19

Issue

Section

Articles