This is an outdated version published on 2021-03-08. Read the most recent version.

INTERAKSI AL-QURAN TENTANG KONSEP GENDER

Authors

  • Nur Azwani Mansor Jabatan Pengajian Islam, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Jalan Kuala Krai, 15730, Kelantan

DOI:

https://doi.org/10.15282/ijhtc.v6i(S2).6254

Abstract

Islam adalah cara hidup yang menuntut umatnya menjadi khalifah Allah di muka bumi dengan berperanan mengikut jantina secara komprehensif dan melengkapi antara satu sama lain. Konsep gender yang berasal dari peradaban Barat masih lagi tidak jelas dan kabur menurut peradaban Arab dan memerlukan pemahaman yang jelas untuk diaplikasikan. Ini kerana istilah ini masih baru dan perlu di teliti dan dikaji menurut perspektif Islam bagi memahami konsepnya menurut kaca mata Islam. Allah telah menciptakan lelaki dan perempuan dalam bentuk penciptaan makhluk yang terbaik dan paling terhormat. Oleh yang demikian al-Quran telah menyebut tentang konsep gender secara tidak langsung dengan menceritakan tentang kesetaraan dan keadilan antara lelaki dan perempuan dengan tidak membezakan antara satu sama lain kecuali berdasarkan sifat biologi. Rekabentuk kajian ini ialah kualitatif dengan menganalisis kandungan menggunakan kaedah sintesis iaitu induktif-deduktif bagi memahami konsep gender menurut perspektif Al-Quran. Al-Quran juga telah menggambarkan sifat, peranan, tanggungjawab dan ciri-ciri jantina melalui pelbagai istilah dengan lebih terperinci sehinggakan setiap istilah itu dijelaskan mempunyai peranan yang berbeza walaupun membawa bermaksud jantina yang sama. Antaranya ialah istilah-istilah yang berkaitan dengan gender seperti al-rijal, az-zauj, adz-dzakar dan al-mar’u atau al-imru’u yang digambarkan sebagai lelaki, anak lelaki, suami, ketua, pemimpin dan juga para nabi. Istilah bagi menggambarkan perempuan, anak perempuan dan isteri termasuklah isteri nabi disebut an-nisa’, al-untsa dan imra’atun. Istilah-istilah ini adalah menjelaskan kategori jantina tetapi secara tidak langsung menggambarkan peranan berdasarkan jantina dalam konsep gender.

Downloads

Published

2021-03-08

Versions

How to Cite

Mansor, N. A. (2021). INTERAKSI AL-QURAN TENTANG KONSEP GENDER. International Journal of Humanities Technology and Civilization, 6((S2), 93–101. https://doi.org/10.15282/ijhtc.v6i(S2).6254

Issue

Section

Articles