This is an outdated version published on 2021-03-08. Read the most recent version.

KEBERKESANAN TRAINER UNIT SPPD SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR BAGI KURSUS PEMASANGAN DAN PENYELENGGARAAN PAIP DOMESTIK

Authors

  • Nor Hazlinda Shamsudin Kolej Komuniti Kota Marudu, Sabah, Jaya Industrial Centre, 89108 Kota Marudu, Sabah, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.15282/ijhtc.v6i(S2).6247

Abstract

Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) dan Bahan Bantu Mengajar (BBM) akan menambahkan lagi keberkesanan proses interaksi antara pensyarah dengan pelajar. ABM yang baik adalah bila mana ia satu medium pemudahcara yang ringkas, mudah difahami, menarik minat pelajar dan dapat mempertingkatkan prestasi pelajar. Bagi menambahkan keberkesanan pembelajaran dan pengajaran dalam Kursus Sistem Pemasangan Perpaipan Domestik satu alat bantu mengajar yang dinamakan Trainer Kit SPPD telah dibina. Ia bertujuan untuk membantu pelajar bagi mengenalpasti jenis, saiz and kaedah penyambungan komponen perpaipan (pipefitting) dan menerangkan dengan mudah kitaran Sistem Perpaipan Paip Domestik lebih jelas dan effektif. Trainer Kit SPPD dilengkapi dengan nilai tambah QR-code bagi memboleh para pelajar mengakses nota tambah. Bagi menguji keberkesanan Trainer Kit SPPD ini, satu kajian telah dijalankan mengunakan kaedah tinjauan berbentuk deskriptif dengan menggunakan statistik perbandingan min dan sisihan piawai. Instrumen kajian yang digunakan adalah terdiri daripada satu set soal selidik yang mengandungi 28 item soalan dan menggunakan skala Likert. Dalam kajian rintis, nilai alpha yang diperolehi adalah 0.875. Seramai 31 pelajar terlibat dalam kajian ini dan data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 20.00. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan aspek tahap minat (4.32), interaktif (4.43), kesesuaian (4.51) dan kefahaman (4.31) dapat diinterpretasikan pada tahap yang tinggi di mana jumlah skor min keseluruhan mencatat nilai 4.31 iaitu melebihi aras 3.67 (tinggi). Dapatan kajian ini diharapkan dapat digunakan bagi memperkembangkan penggunaan Trainer Unit SPPD dan meningkatkan tahap keberkesanan penyampaian dalam proses pembelajaran dan pengajaran yang berkesan

Downloads

Published

2021-03-08

Versions

How to Cite

Shamsudin, N. H. (2021). KEBERKESANAN TRAINER UNIT SPPD SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR BAGI KURSUS PEMASANGAN DAN PENYELENGGARAAN PAIP DOMESTIK. International Journal of Humanities Technology and Civilization, 6((S2), 48–59. https://doi.org/10.15282/ijhtc.v6i(S2).6247

Issue

Section

Articles