This is an outdated version published on 2021-03-08. Read the most recent version.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR DI POLITEKNIK PORT DICKSON: KAJIAN KES SEMESTER 4 DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL PEMBUATAN

Authors

  • Noorazian Mohd Arshad Politeknik Port Dickson, Km14 Jln Pantai, 71050 Si Rusa, Port Dickson, Negeri Sembilan

DOI:

https://doi.org/10.15282/ijhtc.v6i(S1).6236

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap dan faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan pelajar semester 4 bagi Diploma Kejuruteraan Mekanikal Pembuatan di Politeknik Port Dickson terhadap pengajaran dan pembelajaran sewaktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19. Soal selidik mengandungi instrument tanggapan kebergunaan, tanggapan mudah guna, ciri-ciri pensyarah, kualiti maklumat, kualiti sistem dan sokongan teknikal. Data kuantitatif dikumpul melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada 32 orang responden dan kajian rintis yang dijalankan mendapati nilai Alpha Cronbach mempunyai tahap kebolehpercayaan yang tinggi iaitu 0.746. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 20.0 bagi mendapatkan nilai peratusan, kekerapan, skor min dan sisihan piawai. Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor tanggapan kebergunaan (min= 3.15), faktor tanggapan mudah guna (min= 3.53), faktor ciri-ciri pensyarah (min= 3.80), faktor kualiti sistem (min= 3.42), faktor maklumat (min= 3.44) dan faktor sokongan teknikal (min= 3.46). Daripada analisis korelasi antara faktor-faktor menunjukkan terdapat hubungan yang positif antara semua faktor. Didapati penerimaan pelajar adalah bergantung kepada kebergunaan dan kemudahgunaan sesuatu sistem, faktor pensyarah dan sokongan teknikal serta faktor kualiti sistem dan maklumat. Secara keseluruhan, responden menerima secara positif penggunaan epembelajaran dalam membantu proses pembelajaran dan pengajaran. Bagi memberikan nilai tambah kepada keberkesanan e-pembelajaran beberapa penambahbaikan dan kajian lanjut turut dicadangkan

Downloads

Published

2021-03-08

Versions

How to Cite

Mohd Arshad, N. (2021). FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR DI POLITEKNIK PORT DICKSON: KAJIAN KES SEMESTER 4 DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL PEMBUATAN. International Journal of Humanities Technology and Civilization, 6((S1), 107–123. https://doi.org/10.15282/ijhtc.v6i(S1).6236

Issue

Section

Articles