Penerapan Pendekatan Semantik Inkuisitif dalam Pengajaran dan Pembelajaran Seni Bahasa
The Exertion Inquisitive Semantics Approach in the Teaching and Learning of Language Arts
DOI:
https://doi.org/10.15282/ijleal.v12i2.7497Keywords:
Seni bahasa, Semantik inkuisitif, Kemahiran aras tinggi, Bahasa figuratifAbstract
Pengajaran dan pembelajaran seni bahasa dalam pendidikan Bahasa Melayu tidak dapat dipisahkan. Namun, makna implisit di sebalik bahan seni bahasa agak sukar difahami dengan mendalam terutamanya dalam kalangan murid pada peringkat pendidikan rendah. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk meneliti dan merungkai makna tersirat yang terkandung dalam bahan pengajaran-pembelajaran seni bahasa. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan kaedah analisis teks dalam bahan seni bahasa. Kajian ini mengaplikasikan pendekatan Semantik Inkuisitif yang diperkenalkan oleh Nor Hashimah Jalaluddin (2014). Responden yang terdiri daripada 8 orang murid tahun enam dipilih untuk menyertai kajian ini. Hasil kajian mendapati penggunaan pendekatan SI dalam merungkai makna yang terkandung dalam bahan seni bahasa ini berupaya mencungkil kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid. Pendekatan SI yang diketengahkan ini diharapkan menjadi kaedah terbaik dalam memimpin murid meneroka makna tersirat di sebalik bahan seni bahasa untuk menghasilkan impak pembelajaran yang lebih berkualiti dan bermakna selari dengan kaedah pembelajaran abad ke-21.
Teaching and learning of language arts in Malay language education is inseparable. However, the implicit meaning behind the language art material is quite challenging to understand deeply, especially among primary school pupils. Therefore, this study examined and revealed the implied intentions of the language arts material. This qualitative study uses the method of text analysis of language art materials. This study applies the Inquisitive Semantics approach introduced by Nor Hashimah Jalaluddin (2014). Eight respondents consisting of Year Six pupils were selected to participate in this study. The results showed the use of the approach in solving the meanings contained in the language art materials to develop students’ high-order thinking skills. This approach is expected to be the best method for pupils to explore the implied meaning of language arts materials in producing more quality and meaningful learning impact along with the 21st-century learning method.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2022 University Malaysia Pahang Publishing
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.