Penggunaan Eufemisme dalam Kalangan Penutur Iban

Authors

  • Muhammad Zaid Daud
  • Mohammad Shahrul Nizam Abd Wahid
  • Remmy Gedat

DOI:

https://doi.org/10.15282/ijleal.v8.528

Keywords:

Bahasa tabu, Eufemisme, Masyarakat Iban

Abstract

Penggunaan eufemisme digunakan dalam sesuatu ujaran adalah bagi menunjukkan suatu tabu bahasa itu kedengaran lebih sopan dan beradab jika didengari oleh pelbagai lapisan masyarakat. Namun begitu, penggunaan eufemisme dalam kalangan penutur kini terbatas penggunaannya. Oleh itu, objektif utama kajian ini akan (i) menentukan kekerapan penggunaan eufemisme dalam kalangan masyarakat Iban berdasarkan umur mereka dan (ii) untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan eufemisme dalam masyarakat Iban. Pendekatan kualitatif dan kuantitatif telah digunakan oleh penyelidik dengan menemu bual dua penutur bahasa Iban berumur 50 tahun ke atas berdasarkan teori Allan dan Burridge dan seterusnya, soal selidik telah diedarkan kepada 105 orang responden di Kampung Lebor, Serian, Sarawak. Hasil daripada soal selidik menunjukkan terdapat jurang umur dalam penggunaan eufemisme terutamanya bagi golongan muda iaitu sebanyak 24.8% sebagai yang terendah diikuti dengan golongan dewasa iaitu sebanyak 25.5% manakala, golongan tua mencatatkan penggunaan eufemisme yang tertinggi iaitu sebanyak 39.5%. Di samping itu, kajian ini turut mendapati bahawa faktor penggunaan eufemisme bagi penutur Iban melibatkan perkara seperti berikut, (1) menjaga hati dan perasaan pendengar walaupun dalam keadaan marah; (2) penghormatan kepada adat, kepercayaan dan golongan yang sudah meninggal dunia; (3) perkara yang melibatkan kemudaratan seperti makhluk halus atau haiwan berbahaya serta (4) perkara yang sulit atau aib.

Author Biographies

Muhammad Zaid Daud

Fakulti Bahasa dan Komunikasi,
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS),
Jalan Datuk Mohammad Musa,
94300 Kota Samarahan,
Sarawak, Malaysia.

Mohammad Shahrul Nizam Abd Wahid

Fakulti Bahasa dan Komunikasi,
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS),
Jalan Datuk Mohammad Musa,
94300 Kota Samarahan,
Sarawak, Malaysia.

Remmy Gedat

Fakulti Bahasa dan Komunikasi,
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS),
Jalan Datuk Mohammad Musa,
94300 Kota Samarahan,
Sarawak, Malaysia.

Downloads

Published

2018-10-17

How to Cite

Daud, M. Z., Abd Wahid, M. S. N., & Gedat, R. (2018). Penggunaan Eufemisme dalam Kalangan Penutur Iban. International Journal of Language Education and Applied Linguistics, 8(1). https://doi.org/10.15282/ijleal.v8.528

Issue

Section

Articles