This is an outdated version published on 2021-09-30. Read the most recent version.

DIALEK KETURUNAN TOK LINGGI SEBAGAI SUMBER ISTILAH DAN KEARIFAN TEMPATAN

Authors

  • Jamal Rizal bin Razali Pusat Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia PAHANG, 26300 Kuantan, Pahang
  • Jamilah Bebe binti Mohamad Pusat Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia PAHANG, 26300 Kuantan, Pahang
  • Hasmadi bin Hassan Pusat Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia PAHANG, 26300 Kuantan, Pahang

DOI:

https://doi.org/10.15282/ijhtc.v6i2.6975

Abstract

Kertas kerja ini membincangkan perihal penggunaan istilah dalam sesuatu kerja buat yang dilakukan oleh komuniti keturunan Tok Linggi. Komuniti ini menggunakan Bahasa Melayu dialek Pahang dan tinggal di Kampung Relong, Kuala Lipis sejak hampir dua ratus tahun lampau. Bagi mendapatkan data, pengkaji menggunakan pendekatan kualitatif iaitu teknik wawancara, rakaman serta catatan dalam perbualan spontan sama ada secara aktif mahupun pasif. Daripada analisis yang dijalankan, terdapat pelbagai istilah yang mempunyai makna dan tujuan khusus bagi kerja buat tertentu. Istilah-istilah ini asalnya adalah kata atau rangkai kata yang ada dalam dialek mereka. Hal ini dapat dikaitkan dengan kearifan tempatan kerana pembinaan istilah ini melibatkan proses uji cuba yang telah melalui tempoh masa yang panjang. Penggunaan dialek sebagai istilah menunjukkan bahawa penggunaan bahasa (istilah) oleh sesebuah komuniti bahasa (orang Melayu keturunan Tok Linggi ini) sangat berkaitan dengan latar budayanya. 

Downloads

Published

2021-09-30

Versions

How to Cite

Jamal Rizal bin Razali, Jamilah Bebe binti Mohamad, & Hassan, H. bin. (2021). DIALEK KETURUNAN TOK LINGGI SEBAGAI SUMBER ISTILAH DAN KEARIFAN TEMPATAN. International Journal of Humanities Technology and Civilization, 6(2), 15–28. https://doi.org/10.15282/ijhtc.v6i2.6975

Issue

Section

Articles