KEARIFAN TEMPATAN CHE WONG

Local Wisdom of Che Wong

Authors

  • Jamal Rizal Razali Center for Human Sciences, Universiti Malaysia Pahang, 26300 Kuantan, Pahang, Malaysia
  • Jamilah Bebe Mohamad Center for Human Sciences, Universiti Malaysia Pahang, 26300 Kuantan, Pahang, Malaysia
  • Anis Nabilla Ahmad Center for Human Sciences, Universiti Malaysia Pahang, 26300 Kuantan, Pahang, Malaysia
  • Hasmadi Hasan Center for Human Sciences, Universiti Malaysia Pahang, 26300 Kuantan, Pahang, Malaysia
  • Imaduddin Abidin Center for Human Sciences, Universiti Malaysia Pahang, 26300 Kuantan, Pahang, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.15282/ijhtc.v5i2.5793

Keywords:

Indigenous people, Che Wong, Culture, Local wisdom

Abstract

This paper discusses about the local wisdom of the society Che Wong (CW). This community is one of the 18 tribes of indigenous peoples and belongs to Senoi subgroup. These people are experiencing shrinking number of members of its community. Up to 2014, the number of members of the society CW estimated only about 650 people (JAKOA). This will affect the process of their cultural inheritance to the next generation which leads to obsolescence, dying and cultural extinction. For CW community who lived in Kuala Gandah, Temerloh, there are skills that are inherited from previous generations which still practiced until now can be categorized as local wisdom (local wisdom). This term refers to the explicit knowledge that already exists for a long time ago and it evolved with society as well as their identification. However, based on data collected using a qualitative approach, there are a number of local communities skills is currently undergoing the process of aging. This is related to many factors that threat CW communities internal and externally. If the process of documentation and inheritance take place, the local knowledge of these communities may be lost forever. Nevertheless, the culture of a society that stores a variety of information such as philosophy, thinking, worldview, medical information, lineage or "weltanschauung" of relevant community.

 

Makalah ini membincangkan perihal kearifan tempatan yang dimiliki oleh masyarakat Che Wong (CW). Masyarakat ini adalah salah satu daripada 18 suku kaum Orang Asli (OA) dan tergolong dalam Senoi subgroup. Kaum ini sedang mengalami penyusutan jumlah anggota komunitinya. Sehingga tahun 2014, jumlah anggota masyarakat CW dianggarkan hanya tinggal sekitar 650 orang (JAKOA). Hal ini akan mempengaruhi proses pewarisan budaya mereka kepada generasi berikutnya yang mendorong kepada keusangan, kenazakan dan seterusnya kepupusan budaya tersebut. Bagi masyarakat OA CW yang tinggal di Kuala Gandah, Temerloh ini, terdapat beberapa kemahiran yang diwarisi daripada generasi terdahulu yang masih diamalkan sehingga kini yang dikategorikan sebagai kearifan tempatan (local wisdom). Istilah ini merujuk kepada pengetahuan eksplisit yang telah wujud dalam jangka waktu yang panjang dan berevolusi dengan masyarakat serta menjadi tanda pengenal mereka. Walau bagaimanapun, berdasarkan data yang dikutip menggunakan pendekatan kualitatif, terdapat beberapa kemahiran tempatan masyarakat ini sedang mengalami proses pengusangan. Hal ini berlaku kerana terdapat pelbagai faktor yang sedang melanda komuniti CW ini dari dalam dan luar. Sekiranya tiada sebarang usaha pendokumentasian dan pewarisan, kearifan tempatan milik masyarakat ini mungkin akan pupus buat selama-lamanya. Hal ini demikian kerana budaya sesebuah masyarakat itu menyimpan pelbagai maklumat seperti falsafah pemikiran, pandangan dunia, maklumat perubatan, garis keturunan atau lebih besar lagi “weltanschauung” masyarakat berkaitan.

Downloads

Published

2020-12-28 — Updated on 2020-12-28

Versions

How to Cite

Razali, J. R., Jamilah Bebe Mohamad, Anis Nabilla Ahmad, Hasmadi Hasan, & Imaduddin Abidin. (2020). KEARIFAN TEMPATAN CHE WONG: Local Wisdom of Che Wong. International Journal of Humanities Technology and Civilization, 5(2), 57–64. https://doi.org/10.15282/ijhtc.v5i2.5793

Issue

Section

Articles