LANGIT, GUNUNG, SUNGAI, DAN CINTA PUN BERSEMI DI KAKI BENOM

  • Jamal Rizal Razali Pusat Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia PAHANG, 26300 Kuantan, Pahang

Abstract

Makalah ini membincangkan perihal asal usul masyarakat orang Asli Che Wong (CW) yang tinggal di Kuala Gandah, Pahang Darul Makmur. Data dalam kajian ini ialah cerita lisan dan juga dokumen yang pernah ditulis oleh para penulis dan pengkaji terdahulu. Bagi menganalisis semua data tersebut, pengkaji menggunakan pendekatan kualitatif melalui teknik wawancara, analisis dokumen dan perbandingan teks (comparative methods) dengan melakukan kritik teks. Hasil analisis mendapati terdapat empat (4) versi naratif (tiga lisan dan satu bertulis) dan dua belas unsur yang menonjol dalam menelusuri asal-usul masyarakat CW ini. Dapat dikatakan bahawa terdapat unsur-unsur yang bertindih dalam semua versi naratif tersebut dan boleh dianggap sebagai naratif “sahih”. Hal ini memberikan jawapan dan pencerahan tentang asal-usul masyarakat CW ini, walaupun tidak dapat menjawab persoalan tersebut secara tuntas. Proses ini penting kepada masyarakat CW ini dan juga kepada pengkaji kerana maklumat yang ditemui ini merupakan satu khazanah yang mewakili masyarakat CW ini, terutamanya bagi generasi akan datang.

Published
2021-03-08