Amalan Memberikan Maklum Balas Prestasi Kerja: Persepsi Pegawai Penilai dan Pegawai Yang Dinilai Terhadap Kualiti Maklum Balas
DOI:
https://doi.org/10.15282/ijhtc.v5i2.5772Abstract
Kajian berbentuk kualitatif ini mengkaji persepsi pegawai penilai (PP) dan pegawai yang dinilai (PYD) terhadap kualiti maklum balas semasa memberikan maklum balas prestasi kerja. Seramai 12 orang peserta kajian (enam orang PP dan enam orang PYD) yang dipilih melalui kaedah persampelan bertujuan telah ditemu bual dengan menggunakan teknik temu bual separa berstruktur. Peserta adalah dalam kalangan mereka yang terlibat secara langsung dengan konteks kajian dan dipercayai dapat memberikan maklumat yang telus dan komprehensif. Data kajian dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Secara keseluruhannya, analisis menunjukkan bahawa persepsi PP dan PYD terhadap kualiti maklum balas semasa memberikan maklum balas prestasi masih perlu ditambah baik. Dapatan kajian ini sangat penting kepada pengurus pendidikan (khususnya) dan pengamal sumber manusia di organisasi-organisasi lain (umumnya) bagi menambah baik pelaksanaan amalan memberikan maklum balas prestasi.
Downloads
Published
Versions
- 2020-12-28 (2)
- 2020-12-28 (1)