Kesantunan Positif Facebook Public Health Malaysia dalam Memerangi Covid-19
Positive Politeness of Public Health Malaysia’s Facebook in Combating Covid-19
DOI:
https://doi.org/10.15282/ijleal.v10.4447Keywords:
Kesantunan positif, Substrategi kesantunan positif, SolidaritiAbstract
Kesantunan merupakan aspek yang dipentingkan dalam komunikasi. Aplikasi kesantunan akan mewujudkan situasi bebas konflik dan mempermudah urusan yang dilakukan. Dalam konteks komunikasi, strategi kesopanan yang sesuai dan tepat harus diterapkan sesuai dengan isu yang ditangani. Lanjutan itu, dalam memperlihatkan aplikasi kesantunan, analisis dilakukan pada hantaran maklumat oleh Public Health Malaysia (PHM) dalam laman Facebook Public Health Malaysia (FBPHM) berhubung dengan wabak penyakit Covid-19. Analisis mengaplikasi dua metod, iaitu syot layar dan analisis teks. Hantaran maklumat dikumpulkan mulai 15 April 2020 sehingga 19 April 2020 dan mengandungi 35 peristiwa bahasa. Penetapan tempoh pengumpulan data ini bertitik tolak daripada tempoh kritikal wabak ini, iaitu Fasa Kedua yang berlanjutan hingga ke Fasa Ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kajian ini dijalankan berdasarkan dua objektif, iaitu mengenal pasti substrategi kesantunan positif yang diaplikasi dan kecenderungan penggunaan substrategi kesantunan positif seperti yang dibincangkan dalam Teori Kesantunan Brown dan Levinson (1987). Dapatan analisis menemukan PHM menggunakan tujuh substrategi kesantunan positif dalam mendekati khalayak pengikut FBPHM. Kecenderungan yang tinggi diperlihatkan dalam penggunaan substrategi kesantunan positif 1 diikuti dengan substrategi kesantunan positif 5, masing-masingnya merujuk pada kepedulian, memberi perhatian kepada H dan mencari persetujuan. Situasi ini menggambarkan kebertanggungjawaban bersama dalam menangani wabak penyakit yang masih belum ada vaksinnya dan diperkukuh dengan penggunaan hashtag #kitajagakita dan #kitamestimenang. PHM menggunakan kata ganti nama diri “kita” dengan maksud saya dan kamu semua bagi memperlihatkan bahawa solidariti merupakan asas yang penting dalam memerangi wabak ini. Solidariti merupakan kata kunci dalam strategi kesantunan positif oleh Brown dan Levinson (1987) dan perkara ini ternyata diaplikasi oleh PHM.
Politeness is an important aspect in communication. The application of politeness will create a conflict-free situation and eases tasks. In communication, the appropriate and correct politeness strategy should be applied according to the issues which are being addressed. The analysis was conducted on a post by the Public Health Malaysia (FBPHM) on their Facebook page regarding the Covid-19 outbreak. The analysis applies two methods, namely screenshot and text analysis. The postings were collected from April 15th- April 19th, 2020 and contained 35 language events. The data collection started during the critical period of the outbreak, i.e. the Second Phase Movement Control Order (PKP) extending to the Third Phase of the Movement Control Order (PKP). This study has two objectives, namely, to identify the application of sub strategies of positive politeness and the tendency of application as discussed in Brown and Levinson's (1987) theory. The findings show that PHM uses seven sub strategies of positive politeness. A high tendency in the usage of sub strategy 1 is observed followed by sub strategy 5, referring to noticing, attention to H and seeking agreement respectively. This situation reflects the accountability in addressing the outbreak which has no vaccine and it was reinforced by using the hashtags #kitajagakita and #kitamestimenang. PHM uses the pronoun "kita” which means to show that solidarity is an essential element in combating this outbreak. Solidarity is actually a keyword in a positive politeness strategy by Brown and Levinson’s (1987) theory and this was evidently implemented by PHM.