PENDEKATAN GEREJA DALAM MENGHADAPI KONFLIK PERKAHWINAN SESAMA JANTINA: SATU KAJIAN KEPUSTAKAAN
DOI:
https://doi.org/10.15282/ijhtc.v6i(S1).6237Abstract
Peredaran arus globalisasi seiring dengan perubahan manusia membentuk institusi keluarga. Kini, amat mengejutkan apabila isu perkahwinan sesama jantina (PSJ) berjaya menggugat kesucian agama Kristian. Isu ini berjaya menekan institusi-institusi gereja untuk mengambil langkah tersendiri dalam menghadapi penganut homoseksual yang ingin melangsungkan PSJ. Justeru, kajian kepustakaan ini bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan pendekatan gereja dalam menghadapi konflik PSJ di dalam agama Kristian. Hasil analisis kandungan mendapati pendekatan gereja menyokong PSJ adalah: cinta dan sayang sesama jantina menjadi umpan kepada homofilia; gereja bersikap terbuka menerima pengamal homoseksual untuk kurangkan kebimbangan; mengisytiharkan penerimaan pengamal homoseksual; gereja membenarkan PSJ kerana desakan individu berpengaruh; dan gereja bergantung dana kerajaan diberi tekanan jika melantik paderi yang menentang PSJ. Sementara itu, pendekatan gereja menentang PSJ pula adalah: gereja pusat membentuk penganut dahulukan Yehuwa dalam segala hal; gereja tangani pengamal homoseksual dengan mengenal pasti punca manusia melakukan seks sesama jantina; ketegasan gereja; kesepakatan gereja; mendapat kuasa penuh menguruskan perkahwinan; melantik pemimpin gereja dari kalangan lelaki; dan sokong perkahwinan heteroseksual. Justeru, dicadangkan supaya gereja mengambil pendekatan jangka masa panjang agar terus berjaya kekalkan kesucian agama Kristian.
Downloads
Published
Versions
- 2021-03-08 (2)
- 2021-03-08 (1)