Pengaruh Elemen Cerita Binatang Berbentuk Digital ke atas Ujaran Kanak-kanak Sindrom Asperger

Authors

  • Nurfarhana Shahira Rosly
  • Normaliza Abd Rahim,
  • Hazlina Abdul Halim

DOI:

https://doi.org/10.15282/ijleal.v2.466

Keywords:

Sindrom Asperger, Ujaran, Cerita berbentuk digital

Abstract

Sindrom Asperger merupakan sindrom yang memperlihatkan kecelaruan dan kesukaran dalam diri seseorang individu dari segi interaksi sosial dan komunikasi. Interaksi ujaran kanak-kanak sindrom ini dapat dikembangkan menerusi pendekatan berbentuk penceritaan dan pendigitalan. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti jenis binatang dalam cerita Sang Singa dan Sang Tikus yang merangsang interaksi ujaran kanak-kanak sindrom Asperger serta menganalisis perkaitan Theory of Mind (ToM) dan Teori Analisis Wacana terhadap refleksi ujaran kanak-kanak sindrom Asperger. Dua orang kanak-kanak sindrom Asperger dari Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8 (2) yang berumur sembilan dan dua belas tahun dipilih sebagai subjek kajian. Kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah temu bual, rakaman dan pemerhatian. Hasil kajian ini memperlihatkan bahawa terdapat jenis binatang dalam cerita Sang Singa dan Sang Tikus yang berjaya merangsang ujaran kanak-kanak sindrom Asperger serta berlaku juga perkaitan antara ToM dengan Teori Analisis Wacana terhadap mental dan penghasilan ujaran kanak-kanak tersebut. Kajian ini diharapkan dapat menjadi pemangkin ke arah penciptaan pendekatan dengan penerapan elemen penceritaan dan pendigitalan terhadap perkembangan interaksi dan komunikasi sosial kanak-kanak sindrom Asperger.

Author Biographies

Nurfarhana Shahira Rosly

Jabatan Bahasa Melayu,
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi,
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Normaliza Abd Rahim,

Jabatan Bahasa Melayu,
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi,
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Hazlina Abdul Halim

Jabatan Bahasa Melayu,
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi,
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Downloads

Published

2015-08-03

How to Cite

Rosly, N. S., Abd Rahim, N., & Abdul Halim, H. (2015). Pengaruh Elemen Cerita Binatang Berbentuk Digital ke atas Ujaran Kanak-kanak Sindrom Asperger. International Journal of Language Education and Applied Linguistics, 2. https://doi.org/10.15282/ijleal.v2.466

Issue

Section

Articles

Similar Articles

<< < 1 2 

You may also start an advanced similarity search for this article.