PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL SEBAGAI MEDIUM DAKWAH ISLAM DALAM KALANGAN PENDUDUK KAMPUNG BESERAH, KUANTAN, PAHANG
DOI:
https://doi.org/10.15282/ijhtc.v6i1.6667Abstract
Penulisan ini bertujuan untuk mengenal pasti penggunaan media sosial untuk tujuan berdakwah. Kajian ini dicadangkan setelah melihat kerancakan penggunaan media sosial sebagai medium dakwah dan penularan dakwah bebas tanpa terkawal melalui media sosial yang dikhuatiri boleh mengundang kekeliruan, terpedaya, penyebaran ajaran sesat dan fahaman ekstremisme. Masyarakat bimbang dengan kesahihan kandungan mesej dakwah dan belum berpuashati dengan kualitinya. Oleh itu, kajian ini berpeluang melihat sejauh mana tahap penggunaan media sosial sebagai medium dakwah dan implikasi mesej dakwah yang diperolehi daripada media sosial. Sampel kajian seramai 100 responden yang terdiri daripada penduduk Kampung Beserah, Kuantan. Satu set soal selidik yang mengandungi 46 item dibina oleh penyelidik berdasarkan sumber-sumber kajian dan telah diedarkan kepada responden. Manakala data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan perisian “Statistical Packages For Social Sciences” (SPSS) versi 23.0. Penganalisaan data dibuat dengan menggunakan statistik deskriptif iaitu peratusan, min dan sisihan lazim bagi menjawab persoalan kajian. Sementara statistik inferensi iaitu Anova sehala, ujian-t dan kolerasi digunakan untuk menguji hipotesis-hipotesis kajian. Hasil dapatan kajian ini diharapkan dapat menyumbang kepada mengenalpasti penggunaan media sosial sebagai medium dakwah dan mempertingkatkan lagi kandungan dan kualiti mesej dakwah untuk diadaptasi dalam kehidupan seharian.
Downloads
Published
Versions
- 2021-07-19 (2)
- 2021-07-19 (1)