This is an outdated version published on 2021-03-08. Read the most recent version.

TAFSIRAN HOMOSEKSUAL DI ANTARA PENGKAJI BIBLE DENGAN TEKS KISAH SODOM: SATU ANALISIS PERBANDINGAN

Authors

  • Mohd Azwan Md Yasim School of Humanities, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM Penang, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.15282/ijhtc.v6i(S2).6243

Abstract

Kisah Sodom merupakan satu kejadian azab akibat kelakuan homosekual. Namun, teks kisah Sodom ditafsir semula oleh pengkaji Bible mengikut kesesuaian semasa. Sehubungan itu, kajian ini menghimpunkan isu-isu di dalam Kisah Sodom. Isu-isu ini dibangkitkan oleh pengkaji Bible dalam memperjuangkan nasib homoseksual. Berdasarkan kepada kajian kepustakaan, didapati bahawa pengkaji Bible tidak mengutuk homoseksual di atas sebab: kesahihan teks seks sesama jantina di dalam kisah Sodom dipertikaikan; tujuan penduduk Sodom melakukan tinjauan; punca kepada cubaan seks sesama jantina; pendirian Lot terhadap seks sesama jantina; punca kemusnahan penduduk Sodom; tujuan penduduk Sodom ingin meliwat tetamu Lot; dan kesesuaian kisah Sodom sebagai pelajaran. Sehubungan itu, bagi mendapat bukti yang tepat, analisis kandungan telah dijalankan dengan membandingkan di antara tafsiran pengkaji Bible dengan teks kisah Sodom di dalam Bible. Analisis berjaya membuktikan bahawa larangan seks sesama jantina yang dijelaskan di dalam kisah Sodom adalah jelas. Ia mampu dijadikan hujah yang kuat untuk melarang penganut Kristian yang mengamalkan homoseksual.

Downloads

Published

2021-03-08

Versions

How to Cite

Md Yasim, M. A. (2021). TAFSIRAN HOMOSEKSUAL DI ANTARA PENGKAJI BIBLE DENGAN TEKS KISAH SODOM: SATU ANALISIS PERBANDINGAN. International Journal of Humanities Technology and Civilization, 6((S2), 27–36. https://doi.org/10.15282/ijhtc.v6i(S2).6243

Issue

Section

Articles