This is an outdated version published on 2021-03-08. Read the most recent version.

MEMBUDAYAKAN CARA MEMBUAT KEPUTUSAN BERTERASKAN MAQASID SYARIAH DALAM PENGURUSAN ORGANISASI ISLAM

Authors

  • Tuan Sidek T.M Pusat Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia PAHANG, 26300 Kuantan, Pahang

DOI:

https://doi.org/10.15282/ijhtc.v6i(S2).6242

Abstract

Membuat keputusan adalah suatu perkara yang penting dalam pengurusan organisasi termasuklah dalam pengurusan organisasi Islam. Proses membuat keputusan berlaku pada pelbagai peringkat pengurusan. Keputusan yang baik akan menjadikan urusan sesebuah institusi berjalan dengan lancar, manfaatnya dirasai oleh pelbagai pihak, mengurangkan konflik serta menghasilkan pengurusan yang lebih efektif. Sehubungan dengan itu, tulisan berbentuk konsep yang bertajuk Membudaya Cara Membuat Keputusan Berteraskan Maqasid Syariah dalam Pengurusan Organisasi Islam ditulis untuk mencadangkan usaha membudayakan cara membuat keputusan berpandukan kepada penghayatan terhadap konsep dan aplikasi maqasid syariah. Tulisan ini menjelaskan konsep dan aplikasi maqasid syariah dan kesesuiannya dalam membantu pihak yang terlibat dalam pengurusan Islam untuk membudayakan cara membuat keputusan berasaskan maqasid syariah. Semoga tulisan ini dapat membantu mempromosi kaedah berfikir dan membuat keputusan berpandukan salah satu khazanah intektual Islam di samping dapat membantu pengurusan organisasi Islam menjadi bertambah baik dan kekal bersesuaian dengan perubahan zaman.

Downloads

Published

2021-03-08

Versions

How to Cite

T.M, T. S. (2021). MEMBUDAYAKAN CARA MEMBUAT KEPUTUSAN BERTERASKAN MAQASID SYARIAH DALAM PENGURUSAN ORGANISASI ISLAM. International Journal of Humanities Technology and Civilization, 6((S2), 15–26. https://doi.org/10.15282/ijhtc.v6i(S2).6242

Issue

Section

Articles