This is an outdated version published on 2021-03-08. Read the most recent version.

PEMBANGUNAN GARIS PANDUAN PEMULIHARAAN MASJID LAMA NEGERI PAHANG

Authors

  • Mohd Rasmawi Harun Jabatan Agama Islam Pahang, 26600 Pekan.

DOI:

https://doi.org/10.15282/ijhtc.v6i(S1).6235

Abstract

Masjid telah menjadi bukti penyebaran agama Islam di sesebuah tempat termasuklah di negeri Pahang. Pembinaan masjid-masjid baru telah menyebabkan sebahagian bangunan masjid lama tidak digunakan lagi dan bertukar fungsi. Namun, sebahagiannya mempunyai kaitan yang penting dengan sejarah dan tamadun Islam di negeri Pahang. Ini berlaku kerana ketiadaan pengurusan dan pengawasan yang teratur dan sempurna. Justeru, kajian ini dijalankan bagi mencerminkan keperihatinan terhadap warisan berharga di negeri Pahang. Secara khususnya, ianya bertujuan untuk mengesan dan mengenalpasti kewujudan masjid-masjid lama di negeri Pahang, mengkaji kaedah semasa pemuliharaannya dan membangunkan satu garis panduan pemuliharaan masjid warisan negeri Pahang. Metodologi kajian ini dilakukan secara pemerhatian lapangan, temubual, kajian dokumen dan data yang diperoleh pula melalui kaedah kualitatif. Hasilnya, kajian telah menunjukkan bahawa negeri Pahang memiliki masjid-masjid lama yang berpotensi untuk dijadikan sebagai masjid warisan. Pengekalan kewujudan masjid-masjid tersebut adalah melalui kaedah restrorasi, pertukaran fungsi, pemantauan dan perpindahan. Ianya wajar dipulihara dengan mewujudkan inventori masjid-masjid lama negeri Pahang, mewartakan tanah tapaknya, membuka permohonan penggunaan semula bangunannya, menyediakan peruntukan kewangan bagi kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraannya dan mewartakannya sebagai Masjid Warisan negeri Pahang. Kajian ini diharap dapat mencadangkan beberapa buah masjid lama yang berpotensi untuk dipulihara dan seterusnya dapat dimasyhurkan sebagai Masjid Warisan negeri Pahang

Downloads

Published

2021-03-08

Versions

How to Cite

Harun, M. R. (2021). PEMBANGUNAN GARIS PANDUAN PEMULIHARAAN MASJID LAMA NEGERI PAHANG. International Journal of Humanities Technology and Civilization, 6((S1), 93–106. https://doi.org/10.15282/ijhtc.v6i(S1).6235

Issue

Section

Articles