This is an outdated version published on 2021-03-08. Read the most recent version.

FAKTOR FAKTOR YANG MEMPENGARUHI RELAPS ORANG KENA PENGAWASAN (OKP) DALAM PENAGIHAN DADAH : KAJIAN KES DI FELDA KERATONG

Authors

  • Mohamad Hilmi Mat Said Pusat Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia PAHANG, 26300 Kuantan, Pahang

DOI:

https://doi.org/10.15282/ijhtc.v6i(S2).6246

Abstract

Dadah merupakan musuh nombor satu tanah air Malaysia. Salah satu masalah dan cabaran utama yang dihadapi oleh pelbagai pihak khususnya Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk tujuan membanteras masalah dadah, adalah berkaitan dengan kadar penagihan relaps yang tinggi. Relaps merupakan satu kemunculan semula gejala penyakit sesudah kelihatan hampir sembuh. Kajian ini dilakukan di Felda Keratong 3, seramai 4 orang kaunselor terlibat dengan bilangan OKP seramai 100 orang. Objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti, mengkaji dan menganalisa faktor faktor relaps yang mempengaruhi OKP dalam penagihan dadah. Metodologi kajian ialah pengumpulan data secara kualitatif. Dalam kajian ini para kaunselor akan mengadakan sesi kaunseling kelompok dan individu.. Melalui kaedah temubual ini maklumat yang diperoleh dikumpul, dikaji dan dianalisa. Felda Keratong 3 yang menjadi pusat program kepada AADK dan NGO lain menjalankan projek RINTIS kepada penagih dadah. Tumpuan projek ini adalah kepada penagih dadah baru dan juga penagih dadah yang relaps. Kebanyakan OKP berbangsa melayu. Manakala cara dapatan data kajian ini adalah melalui sesi kaunseling kelompok dan individu pada tarikh yang telah ditetapkan. Sebanyak lapan kali pertemuan kelompok dan dua kali pertemuan individu telah dijalankan. Segala maklumat dan dapatan diambil semasa sesi berlansung. Secara umumnya dapat disimpulkan faktor-faktor utama yang menyababkan OKP ini kembali relaps ialah kelemahan dari sudut penghayatan agama, yang terlalu rapuh. Keluarga yang tidak mampu membantu mereka untuk berhijrah dan Persekitaran felda yang rata-rata dikenalpasti sebagai kawasan hitam menjadi sarang penagihan dadah di Negara ini.

Downloads

Published

2021-03-08

Versions

How to Cite

Mat Said, M. H. (2021). FAKTOR FAKTOR YANG MEMPENGARUHI RELAPS ORANG KENA PENGAWASAN (OKP) DALAM PENAGIHAN DADAH : KAJIAN KES DI FELDA KERATONG. International Journal of Humanities Technology and Civilization, 6((S2), 37–47. https://doi.org/10.15282/ijhtc.v6i(S2).6246

Issue

Section

Articles