This is an outdated version published on 2021-03-08. Read the most recent version.

PENGUKUHAN HAFAZAN PELAJAR MELALUI MODUL LIQA (LATIHAN INTENSIF HAFAZAN AL-QURAN) : SATU PENDEKATAN

Authors

  • Mohd Hasdi Mohamed Pusat Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia PAHANG, 26300 Kuantan, Pahang

DOI:

https://doi.org/10.15282/ijhtc.v6i(S1).6239

Abstract

Hafazan Al Quran dalam kalangan umat islam amat dititikberatkan terutama kepada generasi muda kini. Lebih-lebih lagi ia merupakan kelebihan yang tidak semua orang mampu untuk melakukannya dan merupakan nilai tambah yang eksklusif kepada individu tersebut di sisi Allah khususnya dan dalam kalangan masyarakat umumnya. Jadi, kepelbagaian kaedah hafazan Al Quran yang muncul pada era terkini sedikit sebanyak membantu proses hafazan Al Quran supaya lebih teratur dan tersusun. Namun, kesemua kaedah tersebut sukar untuk memenuhi kriteria-kriteria kaedah hafazan yang membantu pelajar untuk menghafaz Al Quran secara praktikal dan kurang memberikan impak yang positif kepada hasil hafazan pelajar kerana ia memberi fokus kepada penyusunan jadual pelajar. Objektif utama kajian ini adalah untuk memperkenalkan modul hafazan Al Quran : Modul LIQA (Latihan Intensif Hafazan al-Quran dan mengetahui kaedah pengaplikasian modul tersebut dalam proses hafazan. Modul LIQA didatangkan dengan 3 langkah utama langkah persediaan, langkah hafazan dan langkah pengukuhan. Hasil daripada pengaplikasian modul ini, penulis mendapati modul hafazan LIQA berjaya menghasilkan hafazan yang sangat baik serta merangkumi keperluan hafazan.

Downloads

Published

2021-03-08

Versions

How to Cite

Mohamed, M. H. (2021). PENGUKUHAN HAFAZAN PELAJAR MELALUI MODUL LIQA (LATIHAN INTENSIF HAFAZAN AL-QURAN) : SATU PENDEKATAN. International Journal of Humanities Technology and Civilization, 6((S1), 151–161. https://doi.org/10.15282/ijhtc.v6i(S1).6239

Issue

Section

Articles