PEMBANGUNAN MODEL PENILAIAN KURIKULUM BERTERASKAN NILAI UNIVERSAL BAGI PROGRAM PENDIDIKAN BERASASKAN TEKNOLOGI & KEJURUTERAAN: SATU KERANGKA KONSEPTUAL

Authors

  • Rohana Hamzah Pusat Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang
  • Zulfadhly Othman Pusat Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang
  • Zuraina Ali Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang
  • Christina Andin @ Nur Qistina Abdullah Univeriti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

Abstract

Penilaian kurikulum memerlukan model, panduan & prosedur yang berkesan untuk dijadikan garis panduan dalam penilaian & penambahbaikan sesuatu program pendidikan. Analisis penyelidik terhadap model-model penilaian kurkulum sedia ada didapati wujud kelemahan khususnya dari segi kejelasan kedudukan nilai ketuhanan dalam model yang dibentuk sebagai panduan kepada proses penilaian kurikulum secara keseluruhan. Justeru keadaan ini memberi inspirasi kepada penyelidik untuk membangunkan Model Penilaian Kurikulum Berteraskan Nilai Universal (MPKNU) bagi pendidikan dalam bidang teknologi & kejuruteraan diperingkat pengajian tinggi. Oleh kerana Model Konteks, Input, Proses & Produk (KIPP) seringkali digunakan dalam bidang pendidikan tersebut, maka penyelidik memilik KIPP sebagai salah satu model rujukan. Manakala keunikan Model Kecemerlangan Prestasi Keseluruhan Berteraskan Nilai- KPKBN yang meletakkan penerapan nilai-nilai etika menjadi satu rujukan yang sangat komprehsif bagi membentuk kerangka penilaian kurikulum yang holistik. Manakala, asas penyatuan proses integrasi kedua-dual model ini dibina diatas Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang meletakkan elemen kepercayaan & kepatuhan kepada Tuhan sebagai matlamat utuh didalam proses pendidikan negara.  

Downloads

Published

2019-12-10

How to Cite

Hamzah, R., Othman, Z., Ali, Z., & Abdullah, C. A. @ N. Q. (2019). PEMBANGUNAN MODEL PENILAIAN KURIKULUM BERTERASKAN NILAI UNIVERSAL BAGI PROGRAM PENDIDIKAN BERASASKAN TEKNOLOGI & KEJURUTERAAN: SATU KERANGKA KONSEPTUAL. International Journal of Humanities Technology and Civilization, 4(3), 55–68. Retrieved from https://journal.ump.edu.my/ijhtc/article/view/3459

Issue

Section

Articles