Saiz Kosa Kata Bahasa Arab dalam kalangan Pelajar di Peringkat Pengajian Tinggi: Permasalahan dan Strategi Pengajaran

Authors

  • Zainur Rijal Abdul Razak USIM
  • Rosni Samah

DOI:

https://doi.org/10.15282/ijleal.v8.394

Abstract

Memiliki dan menguasai kuantiti kosa kata yang mencukupi merupakan aspek penting dalam pembelajaran apa jua bahasa di semua peringkat pengajian. Namun bagi pembelajaran di peringkat universiti, kuantiti kosa kata yang mencukupi sahaja tidak memadai, sebaliknya aspek kualiti juga perlu diberi perhatian. Hal yang demikian kerana sekiranya kosa kata yang dikuasai tersebut tidak relevan dengan bidang pengajian pelajar, situasi ini tidak membantu mereka mengikuti pengajian dengan lancar. Realiti masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam bahasa Arab di peringkat universiti pada masa kini, bukan sahaja dari aspek kualiti, bahkan dari aspek kuantitinya juga. Halangan ini telah menjadi antara faktor yang melambatkan proses pembelajaran di universiti dan akhirnya membantutkan usaha kerajaan melahirkan para pelajar yang berilmu dan berkemahiran dalam bidang yang diceburi. Justeru, kertas ini bertujuan membincangkan saiz kosa kata ideal dalam bahasa Arab yang mesti dikuasai pelajar di peringkat universiti, permasalahan utama yang dihadapi dalam menguasainya serta pendekatan pengajaran yang sesuai. Metodologi analisis teks menjadi kaedah utama pengumpulan data dan maklumat berkaitan tajuk. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar di peringkat universiti menghadapi masalah yang serius dalam menguasai kosa kata penting dalam pembelajaran. Tinjauan literatur juga membuktikan bahawa pelajar perlu menguasai minimum saiz kosa kata antara 3000-5000 perkataan bagi memudahkan mereka mengikuti pengajian dalam bidang masing-masing dengan lancar. Kajian ini mencadangkan supaya aspek pengajaran kosa kata perlu diberi perhatian yang sewajarnya dalam aktiviti PdP di universiti samada di dalam atau luar dewan kuliah dan tutorial.

Downloads

Published

2018-12-31

How to Cite

Abdul Razak, Z. R., & Samah, R. (2018). Saiz Kosa Kata Bahasa Arab dalam kalangan Pelajar di Peringkat Pengajian Tinggi: Permasalahan dan Strategi Pengajaran. International Journal of Language Education and Applied Linguistics, 8(2), 61–70. https://doi.org/10.15282/ijleal.v8.394

Issue

Section

Research Articles