Kepentingan pembelajaran tambahan agama terhadap tahap penguasaan Al-Quran murid sekolah rendah
The role of supplementary religious learning in enhancing Qur’anic proficiency among primary school students
DOI:
https://doi.org/10.15282/ijhtc.v11i1.14452Keywords:
Pembelajaran tambahan agama, Tahap penguasaan al-Quran, Murid sekolah rendah, Supplementary religious learning, Qur’anic proficiency, Primary school studentsAbstract
Kajian ini meneliti kepentingan pembelajaran tambahan agama terhadap tahap penguasaan al-Quran dalam kalangan murid sekolah rendah. Pembelajaran tambahan agama merangkumi aktiviti seperti pengajian al-Quran di luar waktu persekolahan melalui Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), pengajian bersama guru al-Quran atau orang perseorangan dan sokongan pembelajaran oleh ahli keluarga. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti bentuk pembelajaran tambahan agama yang diikuti oleh murid sekolah rendah dan menganalisis hubungan antara penglibatan dalam pembelajaran tambahan agama dengan tahap penguasaan al-Quran. . Seramai 498 orang murid tahun enam dipilih sebagai responden. Data dikumpul menggunakan borang soal selidik dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi (Crosstabs dan Chi-Square). Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara bentuk pembelajaran tambahan agama dengan tahap penguasaan al-Quran, χ²(14, N=498) = 72.838, p < 0.001. Murid yang mengikuti kombinasi pembelajaran tambahan agama (KAFA, guru al-Quran dan ahli keluarga) mencatatkan pencapaian tertinggi pada tahap khatam al-Quran (66.7%) berbanding murid yang tidak pernah mengikuti pembelajaran tambahan agama (23.8%). Hasil kajian ini membuktikan bahawa pembelajaran tambahan agama memberi sumbangan yang signifikan terhadap pencapaian objektif penguasaan al-Quran kanak-kanak terutamanya apabila dilaksanakan secara bersepadu melalui pendekatan formal dan tidak formal. Artikel ini menekankan keperluan untuk memperkukuh usaha pendidikan agama secara menyeluruh, melibatkan kerjasama antara institusi, komuniti dan keluarga bagi membina asas rohani yang kukuh dalam kalangan generasi muda Muslim.
This study examines the role of supplementary religious learning in relation to Qur’anic proficiency among primary school students. Supplementary religious learning includes Qur’anic lessons conducted outside formal school hours through Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), private tutoring with Qur’anic teachers, and learning support provided by family members. The study aims to identify the forms of supplementary religious learning attended by students and to analyse their relationship with students’ level of Qur’anic proficiency. A total of 498 Year Six students participated as respondents. Data were collected using a structured questionnaire and analysed using descriptive statistics and inferential analysis, specifically crosstabulation and chi-square tests. The findings indicate a significant relationship between forms of supplementary religious learning and the level of Qur’anic proficiency, χ²(14, N = 498) = 72.838, p < 0.001. Students who participated in a combination of supplementary learning environments (KAFA, Qur’anic teachers, and family guidance) recorded the highest percentage of completing the Qur’an (66.7%), compared to students who did not participate in any form of supplementary religious learning (23.8%). These findings demonstrate that supplementary religious learning contributes significantly to the development of Qur’anic literacy among children, particularly when implemented through an integrated approach that combines formal and informal learning environments. The study highlights the importance of strengthening collaborative efforts among educational institutions, families, and communities to support holistic religious education for young Muslim learners.
Downloads
References
Abdullah, M., Abdullah, A. H., & Rosman, A. S. (2015). Identifikasi peranan ibu bapa dalam memastikan kelangsungan pendidikan tahfiz anak-anak. Seminar Antarabangsa Isu-Isu Pendidikan, 1-10.
Al-Ahwani., A. F. (1967). At-Tarbiyyah fil Islam (Mulhaq bihi al-Risalah al-Mufassalah lil Ahwal al-Mu’allimin wa Ahkam Al-Mu’allimin wa al-Muta’allimin li Abi al-Hasan Ali bin Muhammad bin Khalaf al-Qabisi). Dar al-Maarif, Mesir.
Bakar, M. A., & Noh, M. A. C. (2022). Kepentingan kemahiran komunikasi dan personaliti guru pendidikan Islam kelas al-quran dan fardhu ain (GPI KAFA) di Malaysia. Tinta Artikulasi Membina Ummah (TAMU), 8(2), 168-178.
Coleman, J. S. (1988). Social capital in the creation of human capital. American Journal of Sociology, ), pp. S95–S120. https://doi.org/https://doi.org/10.1086/228943
Hamimi, N., Japilan, A., Muhamad, N., & Saili, J. (2024). Dimensi pengalaman mengajar dan pengetahuan pedagogi kandungan dalam pengajaran tilawah al-Quran: sebuah analisis korelasi. Journal of Islamic Educational Research, 10(1), 70-83.
Hamzah, N. Z., Jusoh, M. S. M., & Hamzah, A. A. (2024). Keberkesanan program pendidikan KAFA dalam pembangunan adab dan kerohanian murid: Kajian di daerah Kuantan. International Journal of Humanities Technology and Civilization, 9(1), 76–81.
Hashim, R., Rashid, A. A., Noh, A. C., Yahaya, M. Z., Ali, Z., & Hamzah, L. M. (2017). Laporan kajian penambahbaikan kurikulum kelas agama dan fardhu ain (KAFA). Jawatankuasa Sukatan Pelajaran & Kurikulum, LEPAI Bahagian Kemajuan Islam, JAKIM.
Jura, D., & Naray, C. L. N. (2023). Maximizing the role of parents through religious education in the family in the scope of early childhood education. AL-ISHLAH: Jurnal Pendidikan, 15(4), 5328–5336. https://doi.org/10.35445/alishlah.v15i4.4508
KPM. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025. In Kementerian Pendidikan Malaysia. Putrajaya : Kementerian Pendidikan Malaysia. https://doi.org/10.1016/j.tate.2010.08.007
Musaddin, N. H., & Zulkifli, H. (2023). Kaedah-kaedah pengajaran guru kelas al-Quran dan fardu ain (KAFA) dalam mengajar tilawah al-Quran. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences, 6(2), 16–27.
Nor, M. A. M., Nawi, M. Z. M., & Muhamad, N. (2021). Pelaksanaan amalan pengajaran guru kelas al-Quran dan fardhu ain (KAFA) dalam pengajaran tajwid al-Quran di negeri Kedah. Journal of Research, Policy & Practice of Teachers & Teacher Education, 11(1), 40–62. https://doi.org/10.37134/jrpptte.vol11.1.4.2021
Nordin, N., Rozali, W. N. A. W., Sa’ari, N., & Husin, S. (2021). Tahap kepuasan ibu bapa terhadap pengurusan kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) di KAFA Masjid KUIPSAS. Journal of Education and Social Sciences, 18(2), 42–52.
Putnam, R. D. (2000). Bowling alone: The collapse and revival of American community. https://doi.org/https://dl.acm.org/doi/proceedings/10.1145/358916
Sabilan, S., Ibrahim, B., Lip, S. M., Ishak, M. F., & Mohni, S. N. (2018). Analisis tahap penguasaan bacaan al-Quran murid Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Sungai Karang berdasarkan model khatam al-Quran dan model.
Said, A. R. bin M., Omar, M. bin C., Omar, N. binti, & Ghazali, M. A. bin. (2023). Pengajaran al-Quran di sekolah rendah kementerian pendidikan Malaysia : Cabaran dan Harapan. International Journal of Al-Quran and Knowledge IJQK, 3(1), 1–10.
Shafie, B. H. M., & Talib, N. H. F. (2016). Persepsi guru kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) terhadap pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Jurnal Teknikal & Sains Sosial, Bil 6(Jilid 1), 86–97.
Ubale, A. Z., Abubakar, T. A., & Abdullah, A. H. (2015). A correlation study of parental involvement and Islamic education’ s achievment among SMKA students in Kuala Terengganu Malaysia. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 5(10), 30–44. https://doi.org/10.6007/IJARBSS/v5-i10/1840
Ulwan, A. N. (1976). Tarbiyyah Al-Aulad Fil Islam. Kaherah: Dar al-Salam.
Zakaria, R., Hussin, H., & Bahanudin, W. Z. W. (2023). Peranan ibu bapa terhadap pembelajaran al-Quran secara atas talian. QIRAAT: Jurnal Al-Quran dan Isu-Isu Kontemporari, 6(1), 8–15. https://doi.org/10.53840/qiraat.v6i1.60
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2026 The Author(s)

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.

