Imej Tumbuhan Dalam Slanga: Analisis Semantik Inkuisitif

Authors

  • Muhammad Zaid Daud

Keywords:

slanga, imej tumbuhan, semantik inkuisitif, akal budi penutur

Abstract

Kajian ini akan menganalisis slanga yang mempunyai imej tumbuh-tumbuhan dalam rakaman perbualan secara tidak formal. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif dalam menganalisis slanga menggunakan pendekatan semantik inkuisitif oleh Nor Hashimah Jalaluddin (2014). Dapatan kajian diperoleh daripada perbualan secara tidak formal di sekitar Kuala Lumpur dan Kota Samarahan, Sarawak dan kemudiannya ditranskripsikan ke dalam bentuk transkripsi perbualan. Sejumlah empat slanga yang mempunyai imej tumbuhan telah dikesan dalam transkripsi perbualan tersebut seperti getah, tebu, jambu dan langsat yang telah dipilih secara pensampelan bertujuan.  Seterusnya, analisis Rangka Rujuk Silang (RRS) diaplikasikan bagi mendapatkan maklumat tambahan kepada pengkaji dalam menghuraikan makna slanga tersebut. Gabungan RRS dengan maklumat budaya mendalam mampu menghasilkan penghuraian makna sebenar sesuatu slanga sehingga ke akal budi penuturnya

Author Biography

Muhammad Zaid Daud

Fakulti Bahasa dan Komunikasi,
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

Downloads

Published

2018-11-21

How to Cite

Daud, M. Z. (2018). Imej Tumbuhan Dalam Slanga: Analisis Semantik Inkuisitif. International Journal of Humanities Technology and Civilization, 1, 1–21. Retrieved from https://journal.ump.edu.my/ijhtc/article/view/824

Issue

Section

Articles