PROSEDUR RAWATAN IN-VITRO FERTILISATION (IVF): SUATU KUPASAN BERDASARKAN PANDANGAN SYARAK

Authors

  • Mansor Sulaiman Lecturer
  • Abdullah Long
  • Zailin Shah Yusoff
  • Ahmad Irfan Ikmal Hisyam
  • Ahmad Murad Zainuddin

Keywords:

IVF,, maslahah, perubatan Islam,, halal

Abstract

Tulisan ini bertujuan menjelaskan pandangan syarak berkenaan perlaksanaan prosedur-prosedur rawatan kesuburan dalam kategori IVF (in-Vitro Fertilisation). Sebagai penentuan kepada batasan kajian, tulisan ini memfokuskan kepada 7 prosedur yang berkenaan sahaja sepertimana yang disyorkan oleh pihak pakar yang berkaitan. Dalil-dalil dan kaedah-kaedah syarak dirujuk bagi mengenalpasti pandangan syarak terhadap prosedur-prosedur tersebut. Hasil kajian ini mendapati bahawa rawatan kesuburan ini bukanlah isu baharu dalam perbincangan syarak. Walaupun begitu perbincangan berkenaannya lebih bersifat umum dan boleh dijadikan rujukan bagi mengenalpasti pandangan syarak terhadap prosedur-prosedur yang berkenaan. Selain itu, kajian ini juga dapat merungkai pandangan syarak terhadap isu-isu sampingan yang berkaitan prosedur-prosedur tersebut, di samping mengenalpasti bahawa ‘maslahah’ merupakan perkara yang sangat besar peranannya di sebalik keharusan prosedur-prosedur yang berkenaan. Akhirnya diharapkan tulisan ini akan dapat dijadikan rujukan dalam isu-isu baru khususnya yang memerlukan kepada penjelasan syarak terhadapnya.

Downloads

Published

2019-08-19

How to Cite

Sulaiman, M., Long, A., Yusoff, Z. S., Ikmal Hisyam, A. I., & Zainuddin, A. M. (2019). PROSEDUR RAWATAN IN-VITRO FERTILISATION (IVF): SUATU KUPASAN BERDASARKAN PANDANGAN SYARAK. International Journal of Humanities Technology and Civilization, 1, 42–59. Retrieved from https://journal.ump.edu.my/ijhtc/article/view/1695

Issue

Section

Articles