Pembelajaran Berasaskan Penyiasatan Menerusi Pendekatan Projek Ke Arah Penjanaan Minda Kreatif Dan Inovatif Dalam Kalangan Murid Prasekolah

Authors

  • Mazeni Ismail Kolej Polytech Mara, Kota Bharu, Kelantan
  • Hasmadi Hassan Pusat Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang
  • Jemiyah Sheriff Kolej Polytech Mara, Kota Bharu, Kelantan

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk memperkenalkan Pendekatan Projek dalam pendidikan awal kanak-kanak di prasekolah luar bandar di daerah Kota Bharu, sebuah bandar di pantai timur Malaysia. Kebanyakan guru prasekolah ini mempunyai latihan formal dalam pendidikan awal kanak-kanak. Pengetahuan dan pengalaman mereka dalam pendidikan awal kanak-kanak adalah melalui aktiviti bersama kanak-kanak di Tabika. Tema-tema ini dikenal pasti berdasarkan analisis data secara kualitatif; (1) pembelajaran melalui penyiasatan, (2) kerja berpasukan, dan (3) komunikasi. Dengan menggunakan Pendekatan Islamic Project ini, guru dapat menyediakan diri mereka untuk membantu kanak-kanak menjadi penyiasat muda dengan melaksanakan idea-idea baru dalam mengajar anak-anak.

Downloads

Published

2019-12-10

How to Cite

Ismail, M., Hassan, H., & Sheriff, J. (2019). Pembelajaran Berasaskan Penyiasatan Menerusi Pendekatan Projek Ke Arah Penjanaan Minda Kreatif Dan Inovatif Dalam Kalangan Murid Prasekolah. International Journal of Humanities Technology and Civilization, 2, 49–54. Retrieved from https://journal.ump.edu.my/ijhtc/article/view/3458

Issue

Section

Articles