KAEDAH E-PEMBELAJARAN SEMASA MENJALANI LATIHAN INDUSTRI DALAM KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK DI MALAYSIA

Authors

  • Muzafar Mat Yusof Politeknik Muadzam Shah, Pahang
  • Hasmadi Hassan Pusat Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang

Abstract

E-pembelajaran ialah salah satu teknologi yang banyak digunakan pada zaman era moden ini. Pada dasarnya, e-pembelajaran merupakan platform pembelajaran yang berkaitan dengan penggunaan media elektronik dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Pelaksanaan e-pembelajaran telah dimplimentasikan di institusi pendidikan. Kini, penggunaannya telah merentasi sektor korporat dan industri. Kepentingan kaedah ini menyebabkan keperluan penilaian persediaan fizikal dan mental pengguna terhadap persekitaran e-pembelajaran perlu dilaksanakan. Oleh itu, kesediaan e-pembelajaran diperlukan dalam memastikan pengguna menggunakan kaedah ini sebaik yang mungkin. Kesediaan e-pembelajaran merupakan keupayaan pengguna dalam menggunakan e-pembelajaran sebagai salah satu kaedah baru dalam pembelajaran dan latihan. Hasil daripada penilaian ini akan memberi panduan dalam meperkasakan pelaksanaan e-pembelajaran. Justeru itu, artikel konseptual ini akan membincangkan faktor kesediaan e-pembelajaran dari aspek sikap, literasi komputer, fasiliti dan akses teknologi untuk pelajar politeknik yang menjalani latihan industri.

Downloads

Published

2019-12-02

How to Cite

Mat Yusof, M., & Hassan, H. (2019). KAEDAH E-PEMBELAJARAN SEMASA MENJALANI LATIHAN INDUSTRI DALAM KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK DI MALAYSIA. International Journal of Humanities Technology and Civilization, 1, 49–59. Retrieved from https://journal.ump.edu.my/ijhtc/article/view/3393

Issue

Section

Articles