Kompetensi Interpersonal Dalam Kalangan Pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP): Satu Analisis

Authors

  • Rashidi Abbas

Keywords:

Kompetensi, Interpersonal, Kemahiran, Etika, Keusahawanan

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kompentensi interpersonal dalam kalangan pelajar Universiti Malaysia Pahang. Sampel kajian seramai 281 orang yang terdiri dari pelajar sarjana muda telah dipilih menjadi sampel kajian. Sehubungan dengan itu, pengkaji menggunakan prosedur pensampelan kelompok tiga tingkat. Setelah itu, data kajian telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 19.0 bagi mendapatkan nilai min, sisihan piawai dan Korelasi Pearson. Hasil kajian menunjukkan kemahiran komunikasi berada pada tahap sederhana, sementara itu, kemahiran etika dan moral profesional, kerja berpasukan, keusahawanan dan pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat berada pada tahap tinggi. Kajian ini merumuskan bahawa perlu ada program yang sewajarnya untuk meningkatkan prestasi universiti dan potensi pelajar.

Author Biography

Rashidi Abbas

Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan,
Universiti Malaysia Pahang

Downloads

Published

2018-12-18

How to Cite

Abbas, R. (2018). Kompetensi Interpersonal Dalam Kalangan Pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP): Satu Analisis. International Journal of Humanities Technology and Civilization, 3(1), 106–121. Retrieved from https://journal.ump.edu.my/ijhtc/article/view/1054

Issue

Section

Articles