@article{Zahid_Selamat_2022, title={Maksim Perbualan dan Keberkesanan Komunikasi: Analisis Tekstual Podcast Temu Bual Kesihatan: Conversational Maxims and Effective Communication: Textual Analysis in Health Podcast Interview}, volume={12}, url={https://journal.ump.edu.my/ijleal/article/view/7765}, abstractNote={<p>Secara idealnya komunikasi berkesan ditentukan oleh kepatuhan pada maksim perbualan, iaitu maksim kuantiti, kualiti, hubungan dan cara. Ketidakpatuhan maksim perbualan pula adalah pelanggaran, pencabulan, pilihan keluar, penjejasan dan penggantungan akibat faktor kesantunan, kredibiliti dan kerahsiaan. Analisis kepatuhan dan ketidakpatuhan maksim perbualan dalam kajian ini dijalankan pada data temu bual kesihatan melalui medium <em>podcast</em> kerana kajian maksim perbualan dan keberkesanan komunikasi sukar ditemui. Kajian ini mempunyai dua objektif, iaitu mengklasifikasi kepatuhan dan ketidakpatuhan ujaran jawapan dan membincangkan faktor yang mempengaruhinya. Kajian kualitatif ini menggunakan metod muat turun, transkripsi dan analisis teks. Dapatan memperlihatkan kepatuhan semua maksim perbualan dan dua ketidakpatuhan iaitu pelanggaran maksim kuantiti dan cara. Kepatuhan maksim perbualan dipengaruhi oleh faktor topik kesihatan yang tidak membenarkan berlakunya kesilapan, ketidakrelevanan dan ketidakjelasan maklumat. Sementara ketidakpatuhan maksim perbualan memperlihatkan dua impak. Pertama, perbualan tidak menjejaskan keberkesanan komunikasi apabila perkongsian maklumat yang lewah merupakan keperluan pada penjelasan topik. Kedua, ketidakpatuhan maksim kuantiti dan cara didapati menjejaskan keberkesanan komunikasi kerana kurang maklumat dan jawapan yang tidak teratur. Ini memperlihatkan keberkesanan komunikasi tidak tertakluk sepenuhnya pada kepatuhan maksim perbualan. Kepatuhan maksim perbualan yang merupakan satu perlakuan standard sebenarnya tidak secara mutlak menjamin keberkesanan komunikasi. Sebaliknya ketidakpatuhan maksim perbualan juga dalam konteks tertentu diperlukan bertujuan penjelasan maklumat yang disampaikan. ini memperlihatkan bahawa keberkesanan komunikasi berkorelasi dengan objektif dan konteks komunikasi.</p> <p><em>Ideally, effective communication is determined by adherence to conversational maxims, namely the maxim of quantity, quality, relation and manner. The non-observance of conversational maxims are flouting, violation, opting out, infringement and suspending occurs by decency, credibility, and confidentiality. In this study, analyses of the observance and non-observance of conversational maxims were performed in a health podcast interview. The objectives are to classify the responses’ observance and non-observance and discuss the factors influencing them. This study is qualitative research that uses the methods of downloading, transcription, and text analysis. Findings show the observance of all conversational maxims; two non-observance conversational maxims, i.e., disregarding the maxim of quantity and manner. Observance of conversational maxims is influenced by the health topics that do not allow for the occurrence of errors, irrelevance, and ambiguous information. The non-observance of the conversational maxims shows two impacts. Firstly, it does not affect communication effectiveness when excessive information sharing is required to explain the topic. Secondly, the non-observance maxim of quantity and manner affects communication effectiveness caused by the lack of information and disorganised answers. The findings showed that effective communication is not entirely subjected to the observance of conversational maxims. The observance of conversational maxims, a standard behaviour, does not guarantee communication effectiveness. Conversely, non-observance of conversational maxims is needed for specific contexts in clarifying the conveyed information. This study implies that communication’s efficacy correlates with the objective and context of communication.</em></p>}, number={2}, journal={International Journal of Language Education and Applied Linguistics}, author={Zahid, Indirawati and Selamat, Muhammad Nasri}, year={2022}, month={Oct.}, pages={28–40} }