Retorik Penulisan Ilmiah: Penilaian Berdasarkan Prinsip Kerjasama Grice

Authors

  • Zamimah Osman Universiti Utara Malaysia
  • Nuraini Yusoff Universiti Utara Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.15282/ijleal.v9.1196

Keywords:

Analisis kandungan, Bahasa Melayu, Penulisan ilmiah, Prinsip Kerjasama Grice, Strategi retorik

Abstract

Kajian berkenaan makalah ilmiah telah menarik minat ramai pengkaji dalam dan luar negara khususnya dalam bidang kontrastif retorik dan analisis genre. Di Malaysia, fokus kajian bidang retorik ialah periklanan, pengucapan awam, penulisan sastera dan umum, dan masih kurang kajian yang dijalankan tentang strategi retorik dalam penulisan ilmiah. Sehubungan itu, makalah ini membincangkan berkenaan strategi retorik dalam penulisan makalah ilmiah berbahasa Melayu dalam bidang Sains Sosial dan Kemanusiaan yang diterbitkan dalam jurnal yang diindeks oleh Scopus. Kajian kualitatif ini menggunakan pendekatan analisis kandungan dan strategi retorik penulisan dianalisis bersandarkan kepada Teori Prinsip Kerjasama Grice (1975). Dapatan kajian memperlihatkan penulisan makalah ilmiah berbahasa Melayu yang dikaji tidak mematuhi sepenuhnya keempat-empat maksim yang disenaraikan dalam teori Grice. Kajian juga mendapati maksim relevan dan maksim cara dapat diserap ke dalam maksim kualiti dan maksim kuantiti. Dapatan ini memberi perspektif baharu kepada teori Prinsip Kerjasama Grice. Kajian ini telah membuktikan bahawa Prinsip Kerjasama Grice (1975) yang terdiri daripada empat maksim, iaitu maksim kuantiti, maksim kualiti, maksim relevan dan maksim cara boleh dimanfaatkan sebagai satu strategi retorik penulisan untuk menghasilkan penulisan makalah ilmiah yang baik. Makalah ini diharap dapat dijadikan panduan dalam menghasilkan penerbitan makalah yang berkualiti dan dapat diterbitkan serta diindeks dalam jurnal ilmiah berimpak tinggi.

Downloads

Published

2019-05-31

How to Cite

Osman, Z., & Yusoff, N. (2019). Retorik Penulisan Ilmiah: Penilaian Berdasarkan Prinsip Kerjasama Grice. International Journal of Language Education and Applied Linguistics, 9(1), 69–83. https://doi.org/10.15282/ijleal.v9.1196

Issue

Section

Research Articles