Integrasi Kaum Dalam Rancangan Pembangunan Negara: Tumpuan Selepas Dasar Ekonomi Baru

Authors

  • Hasnah Hussiin

Keywords:

Integrasi kaum, perpaduan kaum, Kerajaan Persekutuan, rancangan pembangunan lima tahun negara, ketidakseimbangan ekonomi

Abstract

Interasi kaum atau perpaduan nasional menjadi agenda penting negara yang telah dipupuk oleh kerajaan Persekutuan sejak Tanah Melayu mencapai kemerdekaan sehinggalah selepas kemerdekaan. Agenda perpaduan negara dijadikan asas dalam apa jua pelaksanaan program pembangunan negara. Kajian ini dijalankan bagi melihat adakah pihak kerajaan menitikberatkan isu ini dalam setiap rancangan pembangunan negara yang dirancang setiap lima tahun. Justeru itu, bagi mencapai objektif tersebut, kesemua rancangan pembangunan lima tahun negara selepas DEB diteliti dan dianlisis bagi menyokong fakta bahawa kerajaan memandang serius akan isu ketidakseimbangan kaum dalam pembangunan ekonomi negara. Ternyata Perpaduan kaum atau integrasi kaum menjadi penanda aras kepada usaha kerajaan menangani ketidakseimbangan kaum dalam pembangunan ekonomi negara. Hasil kajian mendapati bahawa jurang ketidakseimbangan pegangan ekonomi antara kaum semakin berkurang dan ini secara tidak langsung mencerminkan kejayaan kerajaan dalam usaha menangani isu-isu perpaduan di negara ini.

Author Biography

Hasnah Hussiin

Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan
Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Downloads

Published

2018-12-04

How to Cite

Hussiin, H. (2018). Integrasi Kaum Dalam Rancangan Pembangunan Negara: Tumpuan Selepas Dasar Ekonomi Baru. International Journal of Humanities Technology and Civilization, 1, 58–73. Retrieved from https://journal.ump.edu.my/ijhtc/article/view/953

Issue

Section

Articles