Kajian Rintis Pembangunan Modul Transformasi Kepimpinan Diri Pelajar Luar Kampus

Authors

  • Rohana Hamzah
  • Nurul Ain Fatehah Baharuddin

Keywords:

kecerdasan spiritual, tanggungjawab sosial, pelajar luar kampus, integrasi ilmu dan kepimpinan

Abstract

Para pelajar universiti merupakan harapan dalam membangunkan negara pada masa akan datang dalam pelbagai bidang dan kepakaran. Namun, proses membangunkan pelajar universiti pada hari ini semakin mencabar dengan peningkatan pelbagai masalah sosial dan tingkahlaku yang dikaitkan dengan mereka. Ini menunjukkan perlunya satu usaha untuk membantu para pelajar bagi meningkatkan kualiti diri mereka, sekali gus membantu meningkatkan kualiti graduan di Institusi Pengajian Tinggi. Fokus kajian ini dibentuk setelah dapatan kajian awal terhadap pelajar yang tinggal di luar kampus mendapati, terdapat empat masalah utama yang dihadapi oleh mereka iaitu masalah perhubungan dengan Pencipta (kecerdasan spiritual), kepimpinan pengurusan diri, hubungan sosial dengan rakan serumah dan pengurusan kediaman. Pelajar-pelajar yang tinggal menyewa di luar kampus hanya terikat dengan Akta 174 dan Akta Institusi Pelajaran (Tatatertib 1976) dan tidak terikat dengan peraturan kolej kediaman. Maka, kegiatan mereka tidak dapat dipantau oleh pihak pengurusan universiti, malah mereka juga lebih bebas dan mudah terdedah dengan pengaruh luar. Oleh itu, kajian ini telah mengambil inisiatif untuk membantu para pelajar dengan membangunkan sebuah modul dengan mengintegrasikan kecerdasan spiritual dan kesedaran pengamalan tanggungjawab sosial untuk dijadikan panduan atau rujukan kepada mereka dalam mendepani dan mengurus kehidupan mereka di luar kampus dengan lebih baik. Seterusnya, kajian rintis telah dilaksanakan dengan melibatkan lima orang pakar untuk ujian kesahan kandungan modul dan 30 responden dalam kalangan pelajar luar kampus Universiti Malaysia Pahang bagi ujian kebolehpercayaan modul. Purata peratus kesahan kandungan modul adalah 78 % dan nilai kebolehpercayaan iaitu nilai Alpha Cronbach terhadap instrumen yang dibangunkan untuk mengukur keberkesanan modul adalah 0.86. Dapatan ini menunjukkan isi kandungan modul adalah sah dan nilai kebolehpercayaanya pula menunjukkan ia boleh digunakan untuk mentransformasikan kemahiran kepimpinan dalam kalangan pelajar luar kampus.

Author Biographies

Rohana Hamzah

Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan (PBMSK),
Universiti Malaysia Pahang,
26600 Pekan,
Pahang, Malaysia

Nurul Ain Fatehah Baharuddin

Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan (PBMSK),
Universiti Malaysia Pahang,
26600 Pekan,
Pahang, Malaysia

Downloads

Published

2018-12-04

How to Cite

Hamzah, R., & Baharuddin, N. A. F. (2018). Kajian Rintis Pembangunan Modul Transformasi Kepimpinan Diri Pelajar Luar Kampus. International Journal of Humanities Technology and Civilization, 3(1), 36–57. Retrieved from https://journal.ump.edu.my/ijhtc/article/view/952

Issue

Section

Articles