ANALISIS PERBEZAAN TAHAP KESEDIAAN GURU TERHADAP 1BESTARINET DARI ASPEK JANTINA, BANGSA DAN USIA

Authors

  • Fatimah Abdul Rashid Pusat Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang
  • Hasmadi Hassan Pusat Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang

Abstract

Gelombang teknologi internet dilihat telah banyak merubah corak kehidupan sesebuah komuniti dan masyarakat di seluruh dunia seperti dalam bidang pendidikan, ekonomi, sosial dan sebagainya. (Shahfiezul Shahaimi & Fariza Khalid ,2016; Noraini, 2010). Perkembangan yang kian pesat membangun, akhirnya mewujudkan satu fenomena atau inovasi baharu dalam pengajaran dan pembelajaran di Malaysia iaitu Persekitaran Pembelajaran Maya / Virtual Learning Environmen ( VLE 1BestariNet). VLE 1BestariNet dikendalikan sepenuhnya oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Yeoh Tiong Lay Network (YTL network) dan dikendalikan di bawah  projek 1BestariNet. Guru merupakan agen utama untuk memastikan VLE1BestariNet dapat diterapkan dalam PdPc bagi memastikan PdPc lebih berkesan dan menjamin penggunaannya digunakan dengan semaksima yang boleh.  Satu kajian dijalankan bagi mengetahui tahap kesediaan guru di negeri Pahang terhadap VLE1BestariNet dari aspek sikap, literasi, fasiliti dan akses teknologi. Seramai 655 orang guru dalam negeri Pahang diambil sebagai respondan kajian. Mereka terdiri daripada guru yang merupakan pengguna aktif dan pasif VLE1BestariNet. Data dipungut menerusi borang soal selidik dan dianalisis secara kuantitatif. Hasil kajian mendapati tahap kesediaan guru di negeri Pahang terhadap VLE1BestariNet dari aspek sikap, literasi, fasiliti dan akses teknologi secara keseluruhannya adalah berada pada tahap yang tinggi. Kerjasama daripada semua pihak seperti  Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan daerah (PPDD), pihak sekolah,  serta badan-badan bukan kerajaan amat digalakkan agar penggunaan VLE1BestariNet dapat digunakan semaksima mungkin.

Downloads

Published

2019-12-02

How to Cite

Abdul Rashid, F., & Hassan, H. (2019). ANALISIS PERBEZAAN TAHAP KESEDIAAN GURU TERHADAP 1BESTARINET DARI ASPEK JANTINA, BANGSA DAN USIA. International Journal of Humanities Technology and Civilization, 4(2), 31–39. Retrieved from https://journal.ump.edu.my/ijhtc/article/view/3391

Issue

Section

Articles