PEMBANGUNAN MODEL RAWATAN PSIKOSPIRITUAL UNTUK MENINGKATKAN CIRI KEPULIHAN ORANG KENA PENGAWASAN: SATU TINJAUAN LITERATUR

Authors

  • Mohd Hefzan bin Azmi Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang, Lebuhraya Tun Razak, 26300 Kuantan, Pahang.
  • Muhammad Nubli bin Abdul Wahab Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang, Lebuhraya Tun Razak, 26300 Kuantan, Pahang.

Keywords:

OKP, modul ISRA, psikospiritual, ciri-ciri kepulihan, bio feedback

Abstract

Pengukuhan spiritual berlandaskan agama memainkan peranan yang penting terhadap Orang Kena Pengawasan (OKP) sebagai asas terhadap pertahanan diri dalam mengekalkan kepulihan. Beberapa institusi pemulihan dadah AADK telah mempraktikkan modul rawatan dan pemulihan berasaskan psikospiritual iaitu modul ISRA (Islamic Spiritual Rehabilitation Approach) yang mengetengahkan elemen spiritual dan agama. Menurut Fauziah et al. (2017) mendapati bahawa program spiritual dan agama dapat membantu memberi kekuatan kepada penagih untuk mengubah tingkah lakunya meninggalkan dadah. Justeru itu, pelaksanaan modul berasaskan psikospiritual diperkasakan lagi sebagai satu daya usaha untuk menurunkan kadar relaps di kalangan OKP. Modul ISRA menitikberatkan amalan zikir dalam rawatan kerana ianya mampu merawat jiwa klien sekaligus dapat menghindarkan diri dari relaps serta terus menjadi benteng semasa berada dalam masyarakat. Elemen-elemen psikospiritual seperti amalan berdoa, berzikir (Ariyanto, 2006; Longshore, Anglin & Conner, 2009; Juhnke, 2009) dan solat (Mohamad Aiman, 2010; Fatimah, 2008) telah dibuktikan berkesan memberi impak positif dalam pemulihan dadah. Penulisan ini meneroka ciri-ciri kepulihan OKP yang telah melalui model psikospiritual dan perkaitan bagaimana latihan bio feedback membantu dalam proses kepulihan. Makalah ini menggunakan alat analisis konseptual dari tinjauan literatur untuk menghuraikan sesuatu perkara berdasarkan ontologi dan epistimologi iaitu bagaimanakah unsur spiritual dan agama mampu menjadi benteng dari berlakunya penagihan semula dadah. Oleh itu, penulisan ini memberi tumpuan khusus kepada kesan dan perubahan OKP selepas melalui model psikospiritual sebagai kes perbincangan.

Downloads

Published

2022-10-14

How to Cite

AZMI, M. H. B., & Muhammad Nubli bin Abdul Wahab. (2022). PEMBANGUNAN MODEL RAWATAN PSIKOSPIRITUAL UNTUK MENINGKATKAN CIRI KEPULIHAN ORANG KENA PENGAWASAN: SATU TINJAUAN LITERATUR. International Journal of Humanities Technology and Civilization, 1, 74–88. Retrieved from https://journal.ump.edu.my/ijhtc/article/view/2507

Issue

Section

Articles